Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah dipecah masuk, penyelia rugi RM12,800

-

‘ Mini LIMA’ yang akan mempamerka­n pertunjuka­n udara daripada pesawat juang seperti Sukhoi, FA-18, Airbus dan helikopter.

“Malah, orang ramai juga akan dipertonto­nkan persembaha­n letupan yang merupakan simbolik pembukaan Hari Terbuka TUDM yang dijangka berlangsun­g pada sebelah pagi sekitar jam 9.30 pagi,” katanya pada sidang media di Pangkalan Udara Kuching di sini semalam.

Khir berkata Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijangka akan menghadiri Hari Terbuka itu pada jam 2.30 petang.

Menurutnya, sesi pertunjuka­n udara diadakan dua sesi iaitu sebelah pagi pada jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi dan sesi petang dari jam 3.30 hingga 4.30 petang.

“Selain pertunjuka­n udara, kita juga ada membuka gerai pameran dan jualan melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk tentera dan TUDM sendiri.

“Malah, kita juga ada menyediaka­n gerai fotografi yang mana pengunjung boleh merakam kenangan sambil mencuba pakaian seragam juruterban­g TUDM yang kita sediakan pada hari terbuka itu,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa pihaknya menyasarka­n lebih 3,000 pengunjung akan hadir pada Hari Terbuka TUDM yang berlangsun­g dari jam 8 pagi hingga 5 petang di Pangkalan Udara TUDM Kuching, Jalan Lapangan Terbang Lama.

Bagi mengelak kesesakan lalu lintas, beliau menasihati orang ramai menggunaka­n pengangkut­an awam atau parkir di tempat yang disediakan.

“Antara lokasi tempat letak kereta yang kami sediakan, Padang Kawad 11 RAMD Kem Semenggo, Dewan Serba Guna/Bola Keranjang Kota Sentosa dan D’Valley Supermarke­t Kota Sentosa yang mana perkhidmat­an bas dan van TUDM percuma disediakan di lokasi berkenaan untuk membawa pengunjung ke pangkalan,” jelasnya. SIBU: Seorang penyelia melaporkan kerugian kirakira RM12,800 selepas rumahnya dipecah masuk pencuri di Jalan Kiew Nang petang Isnin lalu.

Pengadu, 34, mendapati kunci pintu pagar belakang rumahnya rosak ketika pulang ke rumah pada jam 3.30 petang.

Setelah diperiksa, pengadu mendapati pelbagai barang miliknya termasuk sebuah komputer riba, sebuah komputer tablet, seutas rantai mi- lik isterinya bernilai RM800 dan gelang emas milik ibunya bernilai RM8,000 didapati hilang dipercayai dicuri.

Pengadu kemudian membuat laporan polis berhubung insiden itu sekitar jam 6.30 petang.

 ??  ?? PELBAGAI JENIS: Antara helikopter yang dipamerkan pada Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuching.
PELBAGAI JENIS: Antara helikopter yang dipamerkan pada Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuching.
 ??  ?? TAWARAN MENARIK: Antara tilam yang ditawarkan bagi promosi Beli 1 Percuma 1.
TAWARAN MENARIK: Antara tilam yang ditawarkan bagi promosi Beli 1 Percuma 1.
 ??  ?? LIHAT SENDIRI: Pesawat pengangkut Airbus juga dipamerkan.
LIHAT SENDIRI: Pesawat pengangkut Airbus juga dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia