Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir terima kunjungan hormat Jen Prem Tinsulanon­da

-

BANGKOK: Dua sahabat lama bertemu semula semalam apabila Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sedang melakukan lawatan rasmi dua hari ke sini, menerima kunjungan hormat daripada bekas Perdana Menteri Thailand Jen Prem Tinsulanon­da.

Berikutan keadaan kesihatan Prem, pertemuan mereka berlangsun­g di kediaman rasmi pemimpin Thailand itu di Prem di Si Sao Thewes, Bangkok, sejurus sebelum tengah hari semalam.

Dua rakan karib itu bertukar- tukar ucap selamat dan mengadakan pertemuan selama kira-kira 30 minit bagi membincang­kan pelbagai perkara.

Prem, 98, mula menyandang jawatan perdana menteri pada 1980, setahun sebelum Dr Mahathir, 93, menjadi perdana menteri Malaysia keempat pada 1981.

Pesara jeneral tentera Thailand itu menduduki kerusi perdana menteri selama lapan tahun sebelum melepaskan jawatan pada 1988, manakala Dr Mahathir terus menyandang jawatan perdana menteri hingga 2003 dan menerajui Malaysia dalam melakar pertumbuha­n pesat ekonomi.

Walaupun tidak lagi menjadi perdana menteri, Prem terus mempunyai pengaruh terhadap hal ehwal Thailand dan pada 1998, beliau dilantik oleh Raja Thailand ketika itu, Raja Bhumibol Adulyadej untuk mengetuai Majlis Privy negara ini, jawatan yang disandangn­ya hingga kini.

Majlis Privy bertindak sebagai badan penasihat kepada Raja Thailand dan anggotanya menyandang jawatan seumur hidup.

Pada 1979, Prem menerima darjah kebesaran Malaysia, Panglima Mangku Negara ( P. M. N), yang membawa gelaran ‘Tan Sri’, manakala pada 1986, beliau dianugerah­kan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara ( S. M. N), yang membawa gelaran ‘Tun’.

Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh pada Mei tahun ini setelah menerajui gabungan Pakatan Harapan (PH) mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Perdana menteri yang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, akan berlepas pulang ke tanah air lewat semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HUBUNGAN ERAT: Dr Mahathir (kiri) ketika membuat kunjungan hormat terhadap Jen Prem Tinsulanon­da ke rumah beliau di Bangkok semalam.
— Gambar Bernama HUBUNGAN ERAT: Dr Mahathir (kiri) ketika membuat kunjungan hormat terhadap Jen Prem Tinsulanon­da ke rumah beliau di Bangkok semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia