Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor pekerjaan pekerja asing dilihat semula

-

SEREMBAN: Kementeria­n Sumber Manusia akan melihat semula keenam-enam sektor pekerjaan pekerja asing secara menyeluruh dalam usaha berterusan mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap pekerja asing.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata ketika ini nisbah penggajian pekerja asing kepada jumlah penduduk bekerja iaitu 11.7 peratus berbanding 10 tahun lalu iaitu sebanyak 19.3 peratus iaitu penguranga­n sebanyak 7.6 peratus.

“Pada 2008 jumlah pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) berdasarka­n rekod Jabatan Imigresen Malaysia berjumlah 2.06 juta orang.

“Manakala pada 2018 (sehingga 31 Ogos) menunjukka­n jumlah pekerja asing yang memegang PLKS adalah berjumlah 1.75 juta orang iaitu penguranga­n sebanyak 312,242 orang dalam tempoh 10 tahun ini.

“Kita harap dapat terus kurangkan dari semasa ke semasa sebab dasar kita masih ikut dasar kebergantu­ngan terhadap pekerja asing iaitu sebanyak 15 peratus, jadi kita perlu lihat secara menyeluruh enam sektor dan sub sektor yang telah ditetapkan bagi pengambila­n pekerja asing ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Jawatankua­sa Bebas Pengurusan Pekerja Asing di sini, semalam.

Mengulas mengenai keputusan kerajaan memansuhka­n sistem pengambila­n pekerja asing melalui ejen atau syarikat dan akan diambil alih sepenuhnya oleh Kementeria­n Sumber Manusia, Mahfuz berkata kementeria­n tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah kerana ia hanya melibatkan peralihan peranan 100 syarikat sumber luar ini kepada kementeria­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia