Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir harap rakyat Malaysia di Thailand labur semula di tanah air Bagi menyumbang kepada pemulihan dan pertumbuha­n ekonomi negara

-

BANGKOK: Komuniti perniagaan Malaysia di Thailand perlu mempertimb­angkan untuk melabur semula di Malaysia bagi menyumbang kepada pemulihan dan pertumbuha­n ekonomi negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Beliau memuji rakyat Malaysia yang tinggal di Thailand masih lagi mengambil berat mengenai keadaan semasa negara walaupun telah bertahun-tahun tinggal di luar negara.

“Harap jangan lupa, semasa melabur di Thailand, sekali- sekala jangan lupa, Malaysia juga memerlukan pelaburan anda. Sebagai ahli perniagaan yang berjaya anda boleh menyumbang kepada pertumbuha­n dan pemulihan ekonomi Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan pembukaann­ya ketika mengadakan mesyuarat dengan Dewan Perdaganga­n Malaysia-Thailand (MTCC) diketuai oleh Pengerusin­ya, Hwee Khim Boo dan Pengerusi Kehormat Yeap Swee Chuan. Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking.

Ia adalah lawatan hari kedua Dr Mahathir ke Thailand bermula kelmarin.

Perdana Menteri berkata komuniti perniagaan Malaysia telah melakukan sumbangan besar kepada hubungan erat dan perdaganga­n dua hala antara kedua-dua negara.

Tahun lepas perdaganga­n dua hala antara Malaysia dan Thailand mencecah lebih

Harap jangan lupa, semasa melabur di Thailand, sekaliseka­la jangan lupa, Malaysia juga memerlukan pelaburan anda. Sebagai ahli perniagaan yang berjaya anda boleh menyumbang kepada pertumbuha­n dan pemulihan ekonomi Malaysia. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

RM90 bilion dengan imbangan perdaganga­n memihak kepada Malaysia.

Terdahulu Swee Chuan dalam ucapan pembukaan- nya berkata rakyat Malaysia di Thailand sedang membina sebuah Rumah Malaysia di Bangkok, sama seperti yang terdapat di London dan berharap kerajaan dapat menyumbang untuk kos pembinaann­ya.

Beliau berkata MTCC menjangkak­an kos pembinaan rumah itu antara RM20 dan RM25 juta dan berharap kerajaan dapat menyumbang untuk tujuan itu.

Dalam responsnya, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menyumbang berdasarka­n keadaan ekonomi semasa negara.

“Kami sangat miskin sekarang,” katanya secara berseloroh.

Terdahulu Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Pengerusi TCC Group Tan Sri Charoen Sirivadhan­abakdi. — Bernama BANGKOK: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengalu-salukan seberapa ramai pun anggota UMNO yang telah ‘menyampah’ dengan parti itu untuk menyertai BERSATU, tetapi mereka dilarang daripada bertanding sebarang jawatan parti sekurang-kurangnya untuk satu tempoh waktu tertentu.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU berkata, ini kerana parti itu ditubuhkan untuk membasmi rasuah dan berhasrat untuk kekal bebas rasuah selamanya.

“Kami berharap mereka yang sudah menyampah dengan UMNO akhirnya akan menyertai kami, tetapi kami tidak boleh membenarka­n mereka memainkan peranan utama sebagai pemimpinpe­mimpin BERSATU, untuk satu tempoh waktu tertentu mereka hendaklah dilarang daripada bertanding dalam pemilihan parti kerana kita tidak mahu BERSATU menjadi seperti UMNO yang rasuah,” katanya pada sesi dialog dengan rakyat Malaysia yang bermastaut­in di Thailand, di sini semalam.

Dr Mahathir berkata walaupun BERSATU mirip UMNO dari segi keanggotaa­nnya, tetapi ia mempunyai falsafah dan idea yang berbeza.

Jadi, beliau tidak menolak kemungkina­n BERSATU menjadi seperti UMNO baharu, bagaimanap­un, ia mesti mengelak daripada melakukan amalan-amalan pemimpin UMNO terdahulu yang diketuai bekas presidenny­a, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menurut beliau telah tersasar jauh daripada matlamat asal penubuhann­ya pada 1946. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA RAKYAT: Dr Mahathir (duduk, dua kanan) dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (kanan) bergambar bersama rakyat Malaysia pada Majlis Makan Tengah Hari dan Sesi Khas Bersama Diaspora Rakyat Malaysia di Thailand semalam.
— Gambar Bernama BERSAMA RAKYAT: Dr Mahathir (duduk, dua kanan) dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (kanan) bergambar bersama rakyat Malaysia pada Majlis Makan Tengah Hari dan Sesi Khas Bersama Diaspora Rakyat Malaysia di Thailand semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia