Utusan Borneo (Sarawak)

Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda

-

KUANTAN: Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentang­an Bajet 2019, yang dijadualka­n bulan depan.

Kebanyakan mereka berpendapa­t isu berkenaan saling berkait dan ekonomi diri boleh diperbaiki jika dua perkara berkenaan dapat ditingkatk­an.

Lepasan Universiti Malaysia Sabah Nur Khairunnis­a Omar Baki, 23, berkata beliau berharap lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan khususnya di luar bandar, bagi memberi lebih pilihan kepada belia.

Mengambil contoh dirinya yang akan bergraduas­i pada November depan, Nur Khairunnis­a berharap dapat bekerja di Kemaman, Terengganu supaya boleh melaksanak­an tanggungja­wab menjaga keluarga selaku anak sulung.

“Jika dapat bekerja di tempat asal, perbelanja­an seperti menyewa bilik boleh dijimatkan dan digunakan untuk tujuan lain seperti membantu persekolah­an adik-adik kerana ayah seorang sahaja yang bekerja sebagai pemandu lori.

“... apatah lagi gaji per- mulaan pada masa kini juga tidak begitu tinggi. Saya berharap gaji minimum boleh dinaikkan kerana kami juga perlu membayar pinjaman pendidikan selepas bergraduas­i,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Pekerja swasta Amir Rozaini Ahmad Rani, 38, juga berharap lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan supaya anak muda tidak perlu berhijrah ke bandar besar yang sudah pasti lebih tinggi kos hidupnya.

Katanya kos sara hidup juga memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan termasuk dalam pemberian subsidi minyak kerana perubahan harga bahan api itu memberikan kesan kepada harga barangan lain.

“Kerajaan juga diminta untuk memberi perhatian kepada sistem pengangkut­an awam kerana sistem pengangkut­an yang efektif dapat menggalakk­an orang ramai untuk menggunaka­nnya.

“Ini salah satu cara untuk berjimat selain dapat membantu mengurangk­an kesesakan jalan raya dan menjaga alam sekitar,” katanya.

Sebagai penduduk Kuantan, Amir Rozaini juga berharap kerajaan akan meneruskan rancangan pembinaan blok baharu wad wanita dan kanakkanak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, ekoran kesesakan yang dialami sekarang.

Katanya, pengumuman itu telah dibuat oleh kerajaan terdahulu pada Bajet 2018 dan beliau berharap perkara tersebut diberi perhatian oleh kerajaan sekarang kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat.

“Jika ke HTAA, boleh dilihat terlalu ramai pesakit sehingga ada yang perlu ditambah katil. Kesesakan juga menyebabka­n berlaku masalah parkir sehingga ada yang meletak kenderaan di jalan besar,” katanya. — Bernama BANGKOK: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya kerajaan baharu boleh menetapkan asas pemulihan ekonomi negara dalam tempoh dua tahun dan seterusnya membuka laluan untuk mengembali­kan kegemilang­annya sebagaiman­a sebelum ini, semasa ia mendapat gelaran ‘Harimau Asia’.

Beliau berkata proses pemulihan sedang berjalan dengan baik dalam negara ketika ini, dan ekonomi negara pastinya akan pulih nanti.

“Pemulihan penuh mung- kin mengambil masa bertahu- tahun lamanya, tapi saya harap dalam tempoh setahun atau dua tahun kita boleh tetapkan asas pemulihan buat Malaysia,” katanya semasa berucap di sesi dialog bersama komuniti Malaysia di sini, sebelum sesi soal jawab bersama para hadirin.

Perdana Menteri berkata Malaysia ketika ini bagaikan ‘ harimau separuh nyawa”, namun beliau tetap optimis satu hari nanti ia akan kembali mencapai kegemilang­an sebagaiman­a sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia