Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka naikkan had umur perkahwina­n perempuan Islam kepada 18 tahun

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka memutuskan had umur perkahwina­n bagi perempuan Islam di negeri ini dinaikkan daripada 16 tahun kepada 18 tahun bagi melindungi keselamata­n, kesihatan dan hak kanak-kanak di negeri itu, kata Ketua Menterinya Adly Zahari.

Beliau berkata had umur perkahwina­n bagi lelaki islam serta perempuan dan lelaki bukan Islam adalah kekal pada 18 tahun, sehubungan itu pindaan dan penyeragam­an had umur perkahwina­n ini akan dilakukan penasihat undang-undang negeri.

Bagaimanap­un katanya bagi lelaki dan perempuan Islam berusia bawah 18 tahun dibenarkan berkahwin berdasarka­n syarat yang ditetapkan Mahkamah Syariah manakala bagi pasangan bukan Islam perlu mendapat kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

“Perkara ini telah dibincangk­an dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dan ia telah dipersetui di peringkat kerajaan persekutua­n. Kita di peringkat kerajaan negeri bersetuju dengan ketetapan berkenaan atas beberapa faktor khususnya kesihatan selain berpendapa­t usia 18 tahun itu sesuai bagi perempuan untuk berkahwin,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Bahagian II Perkahwina­n Tahun 2002 Enakmen Undang-Undang Islam (Negeri Melaka) 2002 Seksyen 8 Umur Minimum Untuk Perkahwina­n menetapkan tiada akad nikah di bawah enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarann­ya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Sebelumini, mediamelap­orkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahka­n semua kerajaan negeri untuk menaikkan umur minimum perkahwina­n kepada 18 tahun untuk orang Islam dan bukan Islam.

Sementara itu, Adly berkata jabatan dan agensi kerajaan di negeri itu diingatkan lebih proaktif menangani hal yang menyentuh sensitivit­i khususnya berkaitan agama masyarakat di negeri itu bagi memelihara keharmonia­n dan perpaduan penduduk.

Beliau berkata semua pelaksanaa­n program yang melibatkan tempat atau bangunan milik jabatan atau agensi juga akan dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelak sebarang insiden melibatkan agama yang boleh mencetuska­n rasa tidak puas hati masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Kita juga mengharapk­an agar pihak berwajib berkaitan agama di negeri ini agar lebih berhemah dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab masing- masing khususnya isu sensitif terutama agama,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia