Utusan Borneo (Sarawak)

Jamin tempat ke pusingan kedua selepas benam Inter 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara di Nou Camp Rabu lepas

-

BARCELONA, Sepanyol: Rafinha menggantik­an tempat Lionel Messi dan membantu Barcelona menang tanpa bintang antarabang­sa Argentina itu, dengan Rafinha juga membuka jaringan ketika menewaskan Inter Milan 2- 0 pada aksi Liga JuaraJuara di sini Rabu lepas.

Dengan Messi dijangka berehat sehingga tiga minggu dan Real Madrid akan tiba di Nou Camp untuk aksi La Liga Sepanyol pada da hari Ahad, persoalan rsoalan kini ialah h sama ada Barca a boleh menangani ni ketiadaan bintang intang utama mereka itu.

J a w a p a n n y a mungkin n tidak meyakinkan nkan – dengan mereka kekurangan ketajaman s e b e - lum Jordi Alba menambah enambah jaringan pada lewat permainan tetapi dengan aksi memberangs­angkan, ia pastinya memberikan keyakinan menjelang perlawanan menentang Real Madrid.

“Kami memerlukan satu langkah besar dengan ketiadaan Leo,” kata Ernesto Valverde. “Ia menyelubun­gi fikiran kami.”

Luis Suarez, Arthur Melo dan Philippe Coutinho beraksi cemerlang dengan ketiadaan Messi.

Kemenangan juga menjamin tempat Barca di pusingan kedua selepas mengutip sembilan mata dari tiga perlawanan untuk berada di tangga teratas Kumpulan B.

Saya percaya dengan diri saya sendiri, jadi satu perpindaha­n ke Jerman tidak mengganggu

saya.” fikiran Ernesto Valverde Jurulatih Barcelona

Messi hanya menonton perlawanan bersama anak lelakinya, Ciro.

Barca seri dengan Athl etic Bilbao pada perlawanan liga lain di mana Messi tidak beraksi dalam k e s - e b e - l a s a n utama d a n mereka mungkin tewas jika Messi tidak mengumpan gol penyamaan.

Malah kelab mengeluark­an satu rencana di laman sesawang rasminya minggu ini bertajuk “tidak perlu panik”, memperinci­kan rekod “yang tidak terlalu buruk” tanpa Messi bermain dalam pasukan.

Rafinha, yang dipinjamka­n di Inter lima bulan yang lepas, menjadi pengganti mengejutka­n untuk posisi Messi. Ousmane Dembele adalah pemain yang dijangka mengisi tempat tetapi pemain antarabang­sa Perancis itu kekal di bangku simpanan sehingga tamat permainan.

Messi berusia 22 tahun apabila kali terakhir Barca menentang Inter, dan tewas 3- 2 secara agregat pada perlawanan separuh akhir 2012 kejohanan ini dan ia masih merupakan kemuncak karier jurulatih Jose Mourinho.

Selain Rafinha, Coutinho juga pernah beraksi selama lima tahun di Inter sementara Maurco Icardi bermula di akademi Barca dan apa yang menariknya, meninggalk­an Barca kerana Rafinha.

Icardi tidak menyerlah tetapi ada mempunyai satu peluang di mana beliau berjaya menewaskan penjaga gol Marc- Andre ter Stegen tetapi rembatan penyudahny­a melambung tinggi.

Tandukan Clement Lenglet dinafikan oleh kaki penjaga gol Inter, Samir Handanovic sebelum Rafinha berganding­an cantik dengan Suarez tetapi penyudah sekali lagi menghampak­an.

Ia adalah amaran yang gagal ditangani Inter, dengan Suarez melakukan umpanan cantik selepas itu yang disempurna­kan Rafinha untuk gol pembukaan.

Coutinho hampir menambah jaringan sebelum rehat tetapi tendangan percumanya tersasar.

Inter cuba bangkit selepas rehat tetapi Ter Stegen beraksi cemerlang menepis hantaran lintang Ivan Perisic dan Matteo Politano sebelum Barca menamatkan saingan Inter dengan gol kedua Jordi Alba lapan minit sebelum tamat permainan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUKAR DIKAWAL: Rafinha (tengah) mempamerka­n prestasi hebat dengan menggelece­k melepasi kawalan dua pemain Red Star pada perlawanan di Nou Camp, Barcelona kelmarin.
— Gambar AFP SUKAR DIKAWAL: Rafinha (tengah) mempamerka­n prestasi hebat dengan menggelece­k melepasi kawalan dua pemain Red Star pada perlawanan di Nou Camp, Barcelona kelmarin.
 ??  ??
 ??  ?? VALVERDE
VALVERDE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia