Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp ceria Salah kembali ‘gegar jaring’

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap cakapcakap tentang prestasi buruk Mohamed Salah di awal musim akan hilang dengan dua gol ketika membantu Liverpool menewaskan Red Star Belgrade 4- 0 dalam aksi Liga Juara- Juara di sini Rabu lepas, yang juga gol ke- 50 beliau untuk kelab.

Salah menamatkan kemarau empat perlawanan tanpa gol dengan gol tunggal kemenangan di Huddersfie­ld Sabtu lepas dan kelihatan seperti penyerang musim lepas apabila menjaringk­an gol dalam kedua- dua babak.

Roberto Firmino dan Sadio Mane juga menjaringk­an gol ketika jentera serangan Liverpool menjaringk­an gol dalam satu perlawanan buat kali pertama musim ini.

“Ia bagus di mana kita mungkin boleh berhenti bercakap mengenainy­a ( prestasi buruk Salah),” kata Klopp. “Saya tidak mempunyai keraguan, beliau tidak berasa ragu tetapi jika anda sentiasa bertanya mengenainy­a, anda fikir sesuatu ada berlaku.”

Salah sudah menjaringk­an 50 gol lebih awal dari manamana pemain dalam sejarah Liverpool selepas membuat hanya 65 penampilan bersama Liverpool.

“Ia hebat, saya gembira untuk menjaringk­an gol ke- 50 saya,” kata Salah walaupun meraikan gol dengan selamba.

“Kami tahu bagaimana untuk bermain sesama kami dan mengenali kualiti masing-masing,” tambah beliau ketika merujuk gandingan dengan Firmino dan Mane yang kembali menyerlah.

Liverpool kini kembali di tangga teratas Kumpulan C selepas Paris Saint Germain ( PSG) dan Napoli seri 2- 2 di Paris, tetapi ketiga- tiga pasukan hanya dipisahkan dengan dua mata.

“Kami masih belum mengesahka­n tempat ( ke pusingan kedua). Kumpulan ini sememangny­a menarik sehingga ke akhir perlawanan pusingan pertama,” tambah Klopp. “Anda hanya dapat mengesahka­n tempat dengan terus memenangi perlawanan.”

Liverpool bergelut dengan gol dalam beberapa minggu yang lalu, dengan kestabilan baharu di benteng pertahanan bagaimanap­un mengekalka­n mereka di kelompok teratas dan berkongsi mata dengan pendahulu liga, Manchester City.

Klopp mengubah formasi kegemarann­ya 4- 3- 3 dengan meletakkan Salah di bahagian tengah serangan dengan formasi 4- 2- 3- 1 dan keputusann­ya menurunkan Xherdan Shaqiri dalam kesebelasa­n utama membuahkan hasil apabila pemain itu memberikan kreativiti yang diperlukan di bahagian tengah.

Umpanan Shaqiri kepada Andy Robertson membolehka­n gol pertama dijaringka­n Firmino, juga gol pertama beliau dari lapan perlawanan.

Salah kemudian mencuri perhatian dengan gol kedua sebelum menjaringk­an gol kedua peribadi dalam separuh masa kedua dari satu tendangan penalti.

Klopp mengeluark­an Salah sebelum Liverpool memperoleh­i tendangan penalti kedua, tetapi dengan Salah sudah dikeluarka­n, Mane gagal menyempurn­akan penalti apabila bola terkena palang.

Mane bagaimanap­un menebus kesilapann­ya dengan gol 10 minit sebelum tamat permainan dari umpanan Daniel Sturridge. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEMBALI MENYERLAH: Salah (atas) ketika bersaing dengan penjaga gol Red Star, Milan Borjan pada aksi di Anfield, Liverpool Rabu lepas.
— Gambar Reuters KEMBALI MENYERLAH: Salah (atas) ketika bersaing dengan penjaga gol Red Star, Milan Borjan pada aksi di Anfield, Liverpool Rabu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? GOL PERTAMA: Sancho (kanan) ceria selepas menjaringk­an gol ketika beraksi pada perlawanan di Dortmund, Jerman Rabu lepas.
— Gambar Reuters GOL PERTAMA: Sancho (kanan) ceria selepas menjaringk­an gol ketika beraksi pada perlawanan di Dortmund, Jerman Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia