Utusan Borneo (Sarawak)

Penyokong kesal, kecewa tiket habis dijual Panas terik, beratur panjang tidak halang peminat dapatkan tiket final Piala Malaysia 2018 di Shah Alam

-

IPOH: Cuaca panas terik tidak menjadi penghalang buat ratusan peminat bola sepak Perak untuk beratur panjang demi mendapatka­n tiket final Piala Malaysia 2018 menentang Terengganu di Shah Alam, Sabtu ini.

Bagaimanap­un, ramai peminat yang kesal dan kecewa sehingga menyebabka­n berlaku sedikit ketegangan di kaunter jualan di Stadium Perak di sini apabila dimaklumka­n tiket telah habis dijual walaupun baharu setengah jam kaunter dibuka iaitu pada pukul 9 pagi.

Menurut Mohd Kamal Syukri Kamaruddin, 20, beliau telah mula beratur untuk membeli tiket sejak pukul 6 pagi.

"Mana boleh baharu setengah jam kaunter dibuka tiket dah habis, saya diberitahu maksimum seorang boleh membeli lima tiket sahaja.

"Dah la dua kaunter sahaja dibuka, kami beratur dari awal pagi..ni sekarang kata tiket dah habis," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Salina Baroon , 32, berkata beliau agak kecewa dengan pengurusan Persatuan

Mana boleh baharu setengah jam kaunter dibuka tiket dah habis, saya diberitahu maksimum seorang boleh membeli lima tiket sahaja. Mohd Kamal Syukri Kamaruddin Penyokong Perak

Bola Sepak Perak (PAFA) membiarkan peminat tertunggu-tunggu.

"Kita ini semangat nak beli tiket untuk bagi sokongan kepada pasukan Perak tapi PAFA sanggup buat kami macam ni," katanya.

Bagi Afiszie Affandi Amir Hamzah, 21, pula beliau merasakan PAFA perlu memudahkan urusan pembelian tiket untuk peminat dan bukannya menyukarka­n mereka.

"Setidak- tidaknya kalau benar tiket habis maklumkan kepada kami, ni tidak tibatiba sahaja kaunter tiket kosong, apa patut kami buat?," katanya.

Liga Bolasepak Malaysia ( MFL) memperuntu­kkan 30,000 tiket dewasa dan 750 kanak- kanak masing- masing untuk Perak dan Terengganu.

Di Perak sebanyak tujuh lokasi tiket final Piala Malaysia di jual antaranya dia Majlis Daerah Muallim, Stadium Mini Parit Buntar dan Majlis Perbandara­n Teluk Intan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESAK: Ribuan penyokong Terengganu FC (TFC) berasak bagi mendapatka­n tiket bola sepak menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama SESAK: Ribuan penyokong Terengganu FC (TFC) berasak bagi mendapatka­n tiket bola sepak menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia