Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai Kursus Kejurulati­han Lesen D, 24-28 November

-

KUCHING: Jurulatih atau individu yang berminat dipelawa menyertai Kursus Kejurulati­han Lesen D yang akan diadakan dari 24 hingga 28 November depan di Kompleks Sukan Serian.

Kursus selama lima hari itu anjuran Persatuan Bolasepak Bahagian Serian (SFA).

Menurut Presiden SFA Phillip Jabu, kursus tersebut akan dikendalik­an fasilitato­r bertauliah daripada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Katanya, mereka yang berminat diminta mendaftar dengan segera kerana tempat adalah terhad kepada 25 peserta sahaja.

Yuran bagi setiap penyertaan berjumlah RM400 dan mereka yang memerlukan keterangan lanjut boleh menghubung­i Phillip di talian 013-5774549 atau Makri Loncheng di talian 013-8256960.

“Melalui penganjura­n kursus ini, Persatuan Bolasepak Bahagian Serian berharap dapat melahirkan lebih ramai jurulatih bola sepak berkelayak­an di bahagian ini.

“Semua sedia maklum bola sepak merupakan sukan paling digemari di Serian bahkan di peringkat sekolah-sekolah di sini.

“Justeru, dengan adanya jurulatih baharu itu nanti akan dapat menampung keperluan untuk melatih pemain, baik di peringkat sekolah mahupun kelabkelab tempatan,” jelas Phillip.

Beliau turut menyeru orang ramai tidak melepaskan peluang keemasan itu kerana profesion jurulatih boleh dijadikan sebagai satu kerjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia