Utusan Borneo (Sarawak)

PWNS tawar kursus pengenalan Shaolin Wushu Kung-fu percuma

-

KUCHING: Persekutua­n Wushu Nanyang Sarawak (PWNS) menawarkan kursus pengenalan Shaolin Wushu Kung-fu secara percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di 14 pusat latihannya di sini.

Ia akan diadakan selama sebulan dari 27 Oktober hingga 27 November depan.

Shaolin Wushu Kungfu adalah salah satu seni mempertaha­nkan diri yang dikatakan berasal dari kuil Shaolin, China sejak 495 Masehi.

Seni itu bertujuan menanam disiplin diri yang tinggi selain membantu menyihatka­n tubuh dan minda kepada pengamalny­a.

14 pusat latihan tersebut adalah Pusat PWNS di Jalan Resak off Jalan Song, Gelanggang Bola Keranjang Jalan Arang, Dewan Masyarakat Sungai Maong, Dewan Persatuan Taman Phoning & Everbright, Dewan Suarah Bau, Gelanggang Bola Keranjang SJK Chung Hua Batu Kawa, Dewan SJK Chung Hua Batu 10, Dewan Masyarakat Siburan, Gelanggang Bola Keranjang Batu 7 (Jalan Lapangan Terbang Lama, Kota Sentosa), Dewan Suarah Kota Samarahan, Dewan Sekolah Menengah Serian, Dewan Serba Guna Gita dan Dewan SJK Chung Hua Sambir Asajaya.

Ketua pengajar, Prof Datuk Seri Dr Song Swee Hee berkata pelajar yang berminat boleh memilih mana-mana pusat latihan dan mendaftar untuk latihan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp ke talian 0198866879 atau datang semasa sesi latihan.

Kelas untuk orang dewasa juga dibuka kepada ahli dan orang ramai di pusat latihan PWNS di Jalan Resak pada Isnin dan Rabu dari jam 7.15 hingga 8.30 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai latihan dan pendaftara­n, boleh menghubung­i 019-8866879, 0168866879 atau 016-8675079.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia