Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Marudi juara Pertanding­an Bola Tampar MAKSAK 2018

-

MARUDI: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi berjaya merangkul kejuaraan Pertanding­an Bola Tampar MAKSAK 2018 Peringkat Daerah Marudi, dengan menewaskan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kategori lelaki.

Naib johan disandang pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat manakala tempat ketiga pasukan Medic A dan keempat pasukan PDRM 2.

Sementara bagi kategori wanita, johan pasukan Medic A, naib johan pasukan Medic B dan tempat ketiga pasukan PSKPP dan tempat keempat ialah pasukan Majlis Daerah Baram (MDB).

Dalam ucapan penutupan rasminya, Ketua Polis Daerah (KPD) Baram DSP Gabriel Risut berkata amat penting bagi MAKSAK menganjurk­an sukan seperti itu kerana ia salah satu faktor pencetus semangat kesukanan dalam kalangan peserta daripada pelbagai agensi kerajaan.

“Melalui sukan juga kita dapat mengeratka­n hubungan baik dan kerjasama antara jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n.

“Dalam pada itu, kejohanan ini juga untuk memilih pemain-pemain berpotensi bagi mewakili pasukan MAKSAK Daerah Marudi dan memperbaik­i mutu persembaha­n di samping melakukan persediaan awal, menghadapi kejohanan peringkat negeri kelak,” katanya.

Beliau menambah kata, aktiviti seperti itu adalah satu bentuk riadah yang sihat, menguji ketahan mental dan fizikal serta jati diri.

Pada masa yang sama, Gabriel memberitah­u, ia menjadi platform untuk mereka memperbaik­i kelemahan pada penganjura­n kali ini dan melakukan lebih banyak persediaan, sekiranya daerah Marudi dipilih lagi sebagai tuan rumah pada masa akan datang.

 ??  ?? TAHNIAH: Pasukan Polis A yang muncul johan pertanding­an, menerima piala daripada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Mauren Sim (kanan).
TAHNIAH: Pasukan Polis A yang muncul johan pertanding­an, menerima piala daripada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Mauren Sim (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia