Utusan Borneo (Sarawak)

Filem biopik baharu Mercury paparkan zaman kegemilang­an Queen

- Oleh Robin Millard

BIOPIK mengenai Freddie Mercury ‘Bohemian Rhapsody’ mengadakan tayangan perdana di London dengan gilang-gemilang pada Selasa lepas, yang mencermink­an tarikan yang tahan lama kumpulan Queen dan penyanyi utama mereka yang legenda 27 tahun selepas kematianny­a.

Peminat menonton filem itu dalam Wembley Arena yang mempunyai kapasiti untuk menampung 12,500 penonton - di seberang stadium di mana kumpulan rock British yang ikonik itu mengadakan pertunjuka­n yang terkenal di konsert ‘Live Aid’ pada 1985.

Penghargaa­n terhadap legasi kumpulan tersebut dan bakat unik Mercury hanya berkembang sejak kematianny­a pada 1991 akibat pneumonia bronkus, yang disebabkan oleh AIDS.

Sebagai antara artis paling laris di dunia dalam sejarah, kebanyakan jualan kumpulan itu dihasilkan sejak penyanyi tersebut meninggal dunia pada usia 45 tahun.

Manakala gitaris Queen, Brian May, dan pemain dram, Roger Taylor, masing-masing sekarang berusia 71 dan 69 tahun, masih menggegark­an arena di seluruh dunia, yang kemunculan semua sebagai kumpulan secara langsung yang dipacu oleh vokalis ranggi dari Amerika Syarikat, Adam Lambert.

Sekarang lagu hit termasuk ‘We Will Rock You’, ‘Another One Bites The Dust’ dan ‘Don’t Stop Me Now’ bakal diberi nyawa selanjutny­a menerusi filem.

Dalam perancanga­n selama lapan tahun, filem itu dijangka akan menyampaik­an satu lagi hit besar, dengan pelakon Mesir Amerika, Rami Malek, yang menerima reviu yang amat baik untuk lakonannya sebagai Mercury.

Dalam temu bual, Malek telah bercakap mengenai menangani watak yang rumit - seorang individu yang di khalayak ramai adalah bombastik tetapi pemalu secara peribadi dengan laluan yang amat luar biasa ke arah kemasyhura­n. - ZANZIBAR KE WEMBLEY -

Dilahirkan Farrokh Bulsara pada 1946 kepada sebuah keluarga India Parsi di pulau rempah Zanzibar, Afrika Timur, dan dididik di sebuah sekolah asrama ala Inggeris di India, dia tiba di London ketika keluargany­a lari daripada revolusi Zanzibar pada 1964.

Filem berkenaan mengikuti kebangkita­n Mercury sehingga menjadi masyhur serta kehidupan cintanya yang rumit, daripada penubuhan Queen pada 1970 hingga kepada persembaha­n gilang-gemilang kumpulan itu di konsert ‘Live Aid.

Pertunjuka­n mereka selama 20 minit di Wembley Stadium - di seberang Wembley Arena - merupakan waktu yang paling hebat bagi kumpulan itu, dan sering disebut-sebut sebagai salah satu pertunjuka­n secara langsung paling hebat dalam sejarah.

Kematian Mercury seakan-akan seperti penamat bagi Queen - kumpulan yang dianggotai empat rakan sama rata yang masing-masing menulis lagu-lagu hit yang menduduki tempat teratas carta.

Pemain gitar bass John Deacon bersara pada 1997 dan sudah hilang dari khalayak ramai.

Mengandaik­an Queen adalah satu lembaran yang sudah ditutup, May dan Taylor cuba meneruskan kehidupan dengan karier solo.

Bagaimanap­un mereka perlahan-lahan menerima dan tidak menolak tarikan gravitasi daripada legasi kumpulan mereka.

Dan legenda Mercury hanya berkembang lama kelamaan, dan belum lagi diatasi oleh seorang penghibur stadium yang lebih memukau.

Malah sewaktu kehidupann­ya, Mercury terkejut kerana belum ada orang yang telah menulis lagu hit untuk mengatasi ‘We Are The Champions’.

Namun 41 tahun kemudian, lagu nyanyian bersamanya pada 1977 masih lagu yang digunakan di finale sukan, dan lagu ‘Bohemian Rhapsody’ pada 1975 masih diundi dengan kerap sebagai lagu rock paling hebat pernah ditulis. - KONSERT SATU PERAYAAN -

Dengan restu Deacon untuk meneruskan Queen, May dan Taylor menggemble­ng tenaga bersama bekas penyanyi Free yang ‘bluesy’ Paul Rodgers dari 2005 hingga 2008 dan mengadakan konsert yang laris.

Kemudian, kedua-dua mereka mengandaik­an kebangkita­n mereka sudah berakhir.

Kemudian pada 2009, dalam siri televisyen ‘American Idol’, mereka berkenalan dengan Lambert - seseorang yang May gambarkan sebagai “hadiah dari Tuhan”.

Persembaha­n awal yang singkat berkembang menjadi jelajah di Eropah pada 2012 dan jelajah dunia pada tahun-tahun selepas itu.

May dan Taylor kelihatan diberi nafas baharu oleh kebolehan semula jadi Lambert untuk menangani sentuhan kem dan julat dramatik Mercury.

Peminat Queen sudah menerima penyanyi berusia 36 tahun itu, yang tidak cuba meniru atau menggantik­an penyanyi utama mereka yang sudah tiada.

Lambert mengakui di hadapan penonton bahawa dia “bukan Freddie”, dan meminta keizinan mereka untuk meraikan Mercury bersama mereka dengan menyanyika­n lagulaguny­a.

Dilabel sebagai ‘Queen and Adam Lambert’, mereka mengadakan 26 pertunjuka­n arena di Amerika Utara dan 26 pertunjuka­n lain di Eropah pada 2017.

Namun permintaan begitu tinggi sekali dan mereka menjelajah lagi pada tahun ini, dengan jelajah ke Oceania dan Eropah selain mengadakan pertunjuka­n tetap di Las Vegas.

Pengunjung konsert termasuk mereka yang cukup tua untuk melihat jelajah terakhir Queen bersama Mercury pada 1986, dan juga generasi lebih muda, teruja dengan peluang untuk mengalami kumpulan itu secara langsung.

“Saya asyik fikir, ‘siapakah yang telah memikirkan ini?’ dan ‘Freddie pasti amat menyukai semua ini’,” kata May pada Khamis lepas dalam Instagram, menjelang tayangan perdana bagi filem berkenaan.

“Saya harap dia berada dekat dengan kita, hanya satu dimensi sahaja jauhnya, dengan senyuman yang nakal pada wajahnya.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia