Utusan Borneo (Sarawak)

Buat persembaha­n di WAK 2018 Music Portal, esok

-

KUCHING: Penyanyi terkenal tanah air yang berjaya di persada antarabang­sa, Zee Avi bakal tampil membuat persembaha­n pada ‘What About Kuching (WAK) 2018 Music Portal’, 27 Oktober ini (esok) di bangunan Rumah Mahkamah Lama di sini.

Persembaha­n yang akan bermula dari jam 8.00 malam hingga lewat malam itu sudah pastinya akan menghiburk­an peminat di sekitar bandar raya ini.

“Saya sangat teruja untuk tampil membuat persembaha­n di Kuching kerana ia adalah tempat lahir saya,” kata Zee Avi yang sebelum ini pernah membuat persembaha­n di Kuching pada Julai 2017.

Tambahnya, ia adalah sesuatu yang menggembir­akan baginya untuk kembali ke Sarawak dan tampil membuat persembaha­n di sini.

“Sudah tentu saya akan mencari juadah makanan Sarawak seperti Mi Kolok, Umai, buah tepus dan banyak lagi,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberitah­u keunikan dan kekayaan budaya di negeri ini mempunyai tarikan tersendiri yang boleh ditonjolka­n kepada dunia.

“Saya berharap rakanrakan seperjuang­an lain dapat mempamerka­n bakat mereka di landasan yang disediakan ini (WAK) agar ia dapat diketengah­kan,” katanya.

Mengenai perkembang­annya, Zee Avi akan melancarka­n album keempatnya awal tahun hadapan manakala album terbarunya, ‘Who Are You’ akan keluar di pasaran pada November ini.

Untuk makluat lanjut orang ramai boleh melayari laman sesawang WAK 2018 di aboutkuchi­ng.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia