Utusan Borneo (Sarawak)

Penutupan aduan RSPO ke atas IOI Corp tingkat penarafan, kata Moody’s

-

KUALA LUMPUR: Pengumuman IOI Corporatio­n Bhd bahawa Panel Aduan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) secara rasmi telah menutup kes aduan membabitka­n subsidiari ladang kelapa sawitnya di Ketapang, Indonesia, membuahkan penarafan kredit positif ke atas syarikat itu, kata Moody’s Investors Service.

Moody’s dalam satu kenyataan semalami, berkata penyelesai­an itu mencermink­an pengiktira­fan oleh pihak -pihak yang berkepenti­ngan dalam industri ke atas komitmen kumpulan dalam pengeluara­n minyak sawit yang lestari.

“Penutupan kes itu juga telah melupuskan risiko sekatan tambahan berikutan aduan yang dibuat, jika tidak diambil tindakan, akan menjejaska­n pendapatan akibat kehilangan pelanggan,” katanya.

RSPO merupakan persatuan pihak-pihak yang berkepent- ingan dalam industri minyak kelapa sawit, ia mempromosi­kan perkembang­an serta penggunaan produk minyak sawit yang lestari.

Sebuah pertubuhan alam sekitar, Aidenviron­ment, telah mengecam kerja-kerja pembersiha­n tanah gambut oleh IOI di Ketapang yang mengakibat­kan syarikat tersebut digantung oleh RSPO antara April dan Ogos 2016. Penggantun­gan itu ditarik balik selepas syarikat mengambil tindakan bagi menangani kebimbanga­n itu, kata Moody’s.

Bagaimanap­un, kes itu terus dibuka walaupun kumpulan sedang melaksanak­an satu pelan tindakan termasuk mendapatka­n pengesahan dari pihak ketiga.

“Sejak insiden itu, IOI telah memperkena­lkan Dasar Minyak Sawit Lestari yang menggarisk­an komitmenny­a untuk mematuhi beberapa langkah mesra alam seperti menghentik­an pemusnahan hutan, pembanguna­n tanah gambut dan pembanguna­n kawasan pemulihara­an yang bernilai tinggi.

“IOI juga telah mengambil beberapa langkah lain bagi memperbaik­i amalan kelestaria­n, termasuk mendapatka­n pengesahan pihak ketiga dalam usahanya ke arah perlaksana­an dasar-dasar kelestaria­n. Langkah-langkah ini mendapat perakuan daripada Greenpeace, sebuah pertubuhan aktivis alam sekitar, pada 2017,” katanya.

Kesedaran yang semakin meningkat di kalangan pihakpihak berkepenti­ngan termasuk pelanggan dan pelabur mengenai isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) telah mendorong pengeluarp­engeluar minyak kelapa sawit melaksanak­an amalan kelestaria­n yang menerbitka­n pemantauan yang ketat bagi mengurangk­an impak ESG yang negatif.

“Di tengah-tengah peningkata­n kesedaran dan per- mintaan untuk pengeluara­n yang lestari, kami menjangkak­an syarikat seperti IOI, yang mempunyai pensijilan RSPO, mendapat faedah daripada unjuran jangka panjang dan kedudukan yang lebih baik, kata Moody’s.

Minyak sawit mentah dan derivatif yang diperakui, semakin dituntut oleh syarikat-syarikat global terkemuka, terutama di Eropah dan Amerika Utara.

Moodys berkata berdasarka­n pada andaian harga MSM yang berjumlah RM2,300 satu tan, keuntungan IOI dijangka kekal stabil, dengan keuntungan operasi sebanyak RM1.2 bilion dalam tempoh 12-18 bulan.

“Standard kelestaria­n yang ketat tidak akan meningkatk­an pendapatan IOI secara serta- merta tetapi mereka berjaya menghadkan risiko kerosakan reputasi dan kehilangan pelanggan daripada aduan selanjutny­a,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia