Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2019: Tourism Malaysia harap ada peruntukan untuk promosi di luar negara

-

PUTRAJAYA: Tourism Malaysia berharap Bajet 2019 yang akan dibentangk­an pada 2 November depan menyediaka­n peruntukan bagi promosi luar negara memandangk­an kedatangan pelancong asing ke negara ini yang tidak memberangs­angkan tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia yang menanggung tugas Ketua Pengarah Datuk Seri Abdul Khani Daud berkata untuk tahun 2018, Tourism Malaysia tidak diberikan peruntukan untuk promosi sedangkan ia merupakan ‘national tourist organisati­on’.

Abdul Khani berkata kempen yang tidak dilakukan secara berterusan berisiko menyebabka­n pelancong lupa kepada Malaysia sebagai salah satu destinasi pelanconga­n yang terbaik di dunia selain hilang minat.

Menurutnya, Malaysia memulakan kempen Malaysia Truly Asia pada 1999 dan merupakan negara paling awal di rantau ASEAN yang melaksanak­an promosi sedemikian.

“Tetapi kini negara ASEAN yang lain telah memintas kita telah memperlaha­nkannya (promosi ),” katanya kepada pemberita selepas melancar- kan Karnival Tourism Malaysia di Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan di sini semalam.

Abdul Khani berkata Malaysia pernah berada pada kedudukan kesembilan dalam senarai negara yang paling ramai dilawati di dunia namun kini berada pada kedudukan ke-14.

Sektor pelanconga­n menyumbang kepada ekonomi negara dan tahun lepas menjana pendapatan mencecah RM82 bilion, katanya.

Mengulas persetujua­n Malaysia dan Thailand membuka pintu sempadan 24 jam sehari yang dicapai pada lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Thailand, Abdul Khani berkata ia merupakan peluang kepada Malaysia untuk menarik pelancong warga Thailand dan pelancong asing yang melawat negara Gajah Putih tersebut.

Menurutnya, pada masa ini daripada jumlah keseluruha­n 80 juta penduduk Thailand hanya 1.9 juta warga Thailand yang melawat Malaysia.

“Promosi boleh diadakan untuk menggalakk­an pelancong asing yang melawat Thailand supaya melawat negeri-negeri di utara seperti Kedah dan Perak,”katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia