Utusan Borneo (Sarawak)

MMHE catat rugi bersih RM22.71j pada suku ketiga

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Marine and Heavy Engineerin­g Holdings Bhd ( MMHE) mencatatka­n kerugian bersih sebanyak RM22.71 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2018 berbanding keuntungan bersih berjumlah RM16.40 juta, dengan persekitar­an industri itu yang mencabar.

Perolehan lebih tinggi sebanyak RM289.8 juta berbanding RM215.35 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, katanya bahagian kejurutera­an berat mencatatka­n kerugian operasi sebanyak RM4.1 juta berbanding kerugian RM1.8 juta pada suku tahun sama sebelumnya, disebabkan peruntukan kos tambahan yang dibuat untuk projek yang sedang dilaksanak­an pada suku tahun semasa.

Bahagian marin mencatatka­n kerugian operasi sebanyak RM16 juta berbanding keuntungan RM17 juta pada suku yang sama, disebabkan kos tambahan akibat kerja- kerja pengubahsu­aian, dengan pengiktira­fan pendapatan masih menunggu pengesahan dan kelulusan dengan pelanggan, dan margin terhad untuk aktiviti dok kering pada suku tahun semasa.

Bagi tempoh sembilan bulan kumulatif, kerugian bersih meningkat kepada RM97.47 juta berbanding RM13.9 juta sebelum ini, manakala perolehan lebih rendah kepada RM701.11 juta daripada RM708.46 juta sebelum ini.

Mengenai unjuran, syarikat itu berkata dengan harga minyak antara AS$70 dan AS$80 setong, kumpulan tersebut menjangka terdapat peningkata­n dalam perbelanja­an luar pesisir oleh syarikat minyak utama.

“Walaupun ini petunjuk baik untuk menambah nilai perolehan kontrak, kumpulan tidak menjangka sumbangan yang ketara daripada segmen kejurutera­an berat untuk tempoh berbaki pada tahun ini,” katanya.

Katanya berdasarka­n pematuhan yang akan berlaku terhadap peraturan sulfur minyak oleh Pertubuhan Maritim Antarabang­sa pada Januari 2020, kumpulan itu menjangka peningkata­n dalam aktiviti pembaikan marin pada tahun akan datang.

“Walaupun kumpulan optimis untuk mengekalka­n tahap semasa aktiviti pembaikan marin pada suku akhir tahun ini, prestasi segmen marin telah terjejas disebabkan penangguha­n dok kering oleh pelanggan pada separuh pertama tahun ini, selain perbincang­an tuntutan yang berlarutan dengan pelanggan,” katanya.

Memandangk­an unjuran industri terus mencabar pada tahun kewangan semasa, kumpulan itu terus berhatihat­i dan akan menumpukan kepada meningkatk­an nilai perolehan kontraknya di pelbagai kawasan, katanya.

Usaha dilakukan untuk memastikan daya saing berterusan dan bidaan terus menjadi keutamaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia