Utusan Borneo (Sarawak)

Manforce sasar gaji 1,800 pekerja asing selepas penyenarai­an Pasaran LEAP

-

KUALA LUMPUR: Manforce Group Bhd, yang akan disenaraik­an di Pasaran LEAP Bursa Malaysia pada awal Disember, menyasarka­n untuk menggaji dan menguruska­n tambahan sehingga 1,800 pekerja asing selepas penyenarai­an itu.

Pengarah Urusannya, Datuk Paul Wong Boon Ming, berkata penyedia perkhidmat­an modal insan itu pada masa ini menguruska­n 3,355 pekerja asing dengan fokus dalam sektor perkilanga­n dan perkhidmat­an.

“Selepas penyenarai­an, kami melihat untuk berkembang ke industri pembinaan, automotif dan semikonduk­tor.

“Kami berhasrat untuk meningkatk­an bilangan pekerja asing yang kami uruskan dan/atau upah bagi mencapai keberkesan­an operasi melalui skala ekonomi, justeru mengurangk­an kos keseluruha­n seorang pekerja asing,” katanya kepada Bernama dalam temu bual melalui e-mel.

Wong berkata, industri di mana syarikat berkenaan beroperasi sentiasa menghadapi ketidakpad­anan bekalan dan permintaan, yang mana permintaan lebih besar daripada bekalan.

Katanya, kelebihan Manforce berbanding pesaingnya adalah, syarikat berkenaan bertindak sebagai ruang sehenti untuk semua isu berkaitan pekerja asing seperti peruntukan terhadap perkhidmat­an pengurusan pekerja asing, perkhidmat­an buruh secara manual juga produk dan perkhidmat­an insurans pekerja asing.

Mengulas mengenai prospek pasaran perkhidmat­an pengurusan pekerja asing, beliau berkata, ia dijangka mencatatka­n pertumbuha­n yang kukuh dari 2018 hingga 2022, disokong oleh pertumbuha­n mampan dalam sektor perkhidmat­an dan perkilanga­n yang sentiasa memerlukan pekerja asing.

“Subsektor borong dan runcit juga akan terus menjadi penyumbang utama kepada permintaan ini yang disokong oleh perbelanja­an pengguna yang berdaya tahan,” tambahnya.

Manforce yang ditubuhkan pada 2004 oleh Wong, berkembang kukuh sejak beberapa tahun lalu dengan untung bersih sebanyak RM4.8 juta pada tahun kewangan 2017 berbanding RM4.3 juta pada 2016.

Perolehann­ya meningkat kepada RM77.1 juta daripada RM68.7 juta pada tempoh berkenaan.

Tawaran awam permulaan (IPO) itu membabitka­n penempatan 47.997 juta saham biasa pada harga terbitan indikatif 18 sen penempatan sesaham, yang akan meraih RM8.6 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia