Utusan Borneo (Sarawak)

LAHIRKAN JAGUH SUKAN BERTARAF DUNIA

Sarawak mempertimb­ang penggunaan teknologi terkini untuk pengurusan atlet-atlet sukan

-

KUCHING: Sarawak mempertimb­ang penggunaan teknologi terkini pengurusan atlet-atlet sukan di negeri ini seperti diguna pakai oleh negara maju.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Hamzah berkata menerusi teknologi terkini itu pengurusan dan perkembang­an atlet- atlet boleh dipantau dengan lebih baik.

“Sebelum ini, kita menggunaka­nnya dalam skala kecil pada Sukan Sarawak tahun lalu diadakan di sini dan bermungkin­an boleh diperbaiki sistem tersebut agar lebih mesra pengguna dengan ciri- ciri tambahan untuk tujuan itu,” katanya ketika mempengeru­sikan sidang media Mesyuarat ‘Post Mortem’ Prestasi Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA XIX) Perak 2018.

Menurutnya, Sarawak tidak boleh pandang remeh soal membangunk­an atlet-atlet untuk menjadi juara masa depan dan membawa pulang pingat emas.

Beliau berpendapa­t sistem pengurusan maklumat seperti depositori dalam talian untuk jurulatih dan persatuan sukan bersama Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak perlu bagi menyimpan profil atlet-atlet mereka sebagai rujukan.

“Ini adalah amalan biasa negara maju seperti Amerika Syarikat, UK, Australia dan New Zealand dan kita mungkin perlu mengikut jejak langkah negara-negara tersebut menghasilk­an juara sukan bertaraf dunia dan Ol- impik,” tambahnya.

‘Post Mortem’ dijalankan pihaknya adalah untuk sukan memanah, angkat berat, menembak, acara padang dan renang yang berupaya memberi pingat emas untuk Sarawak.

Bagaimanap­un, beliau berkata hasil daripada perbincang­an ‘post mortem’ dengan ACDM, persatuan sukan serta dari Unit Prestasi Tinggi atau HPU dari MSN Sarawak.

“Aspek sokongan seperti perkhidmat­an pemulihan dan fisioterap­i juga perlu diper- timbangkan dengan segera.

“Ini penting agar atlet-atlet dapat segera pulih selepas mendapatka­n rawatan kecederaan bagi meningkatk­an prestasi atlet-atlet Sarawak pada SUKMA ke-20 diadakan di Johor pada 2020,” katanya.

Abdul Karim turut meng- gesa persatuan- persatuan sukan tempatan terus bekerjasam­a dengan MSN Sarawak dalam mencari dan membangunk­an bakat-bakat baharu dalam bidang sukan.

Sarawak menduduki tempat keempat pada SUKMA XIX 2018 di Perak.

“Meskipun terdapat be- berapa masalah kecil dihadapi tetapi kebanyakan­nya ditangani dengan berhemah dan penghargaa­n kepada kerajaan Perak kerana menjadi tuan rumah yang baik walaupun menghadapi cabaran dalam menampung keperluan kontinjen menyertain­ya,” jelas beliau.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hii Chang Kee dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr. Ong Kong Swee.

Ini adalah amalan biasa negara maju seperti Amerika Syarikat, UK, Australia dan New Zealand dan kita mungkin perlu mengikut jejak langkah negara-negara tersebut menghasilk­an juara sukan bertaraf dunia dan Olimpik. Datuk Abdul Karim Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ??
 ??  ?? POST MORTEM: Abdul Karim (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat ‘post mortem’ SUKMA XIX 2018 di Kuching semalam.
POST MORTEM: Abdul Karim (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat ‘post mortem’ SUKMA XIX 2018 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia