Utusan Borneo (Sarawak)

Gudang barang runcit musnah dalam kebakaran

-

MIRI: Sebuah gudang penyimpana­n barangan runcit di Kawasan Perindustr­ian Eastwood di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran besar petang semalam.

Kebakaran kira-kira jam 2.30 petang itu mengejutka­n pekerja premis terbabit dan premis-premis berdekatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng Penolong Kanan Pengua- sa Bomba Terry Robson Forance Nyanggau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.45 petang.

“Bomba yang tiba di lokasi mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran melibatkan sebuah bangunan jenis berstruktu­r kekal daripada terus merebak.

“Kami menganggar­kan kebakaran ini telah memusnahka­n kira-kira 90 peratus bangunan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Terry Robson yang juga Komander Operasi bagi kebakaran tersebut memberitah­u, tiada mangsa yang mengalami kecederaan kerana kebakaran berlaku semasa waktu rehat pekerja.

“Siasatan lanjut berhubung punca dan jumlah sebenar kerugian akan dibuat selepas operasi pemadaman selesai,” katanya.

Seramai 28 pegawai dan anggota bomba dari BBP Lopeng dan BBP Miri dikejarkan bagi operasi pemadaman tersebut menggunaka­n dua jentera FRT, dua EMRS dan kenderaan utiliti.

Terdahulu, asap tebal yang menyelubun­gi ruang udara bandar raya ini berpunca daripada kebakaran tersebut menjadi perhatian sebahagian penduduk Miri yang turut tular di media sosial.

Difahamkan, asap tebal terbabit boleh kelihatan di kawasan Lambir yang jaraknya kira-kira 15 kilometer dari lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia