Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan pemeriksaa­n ke atas IPD diketahui selepas audit siap

-

KUCHING: Keputusan pemeriksaa­n oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ke atas kesemua 28 ibu pejabat polis daerah (IPD) di Sarawak hanya akan diketahui selepas laporan audit siap sepenuhnya.

Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang sudah berada di negeri ini sejak 21 Oktober lalu berkata, empat pasukan ditugaskan untuk menjalanka­n kerja pengaudita­n.

“Lawatan ini bukan untuk mencari kesalahan, tetapi untuk mengenal pasti kekurangan di setiap IPD dari segi lojistik, sumber manusia dan kebersihan,” kata Wan Ahmad pada sidang akhbar selepas mesyuarat tertutup bersama kakitangan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak semalam.

Wan Ahmad, yang mem- ulakan lawatannya ke Sibu dan kemudian Miri, Marudi dan Kuching, berkata Balai Polis Miri Sentral memerlukan perhatian segera kerana ia begitu usang.

“Satu laporan akan dikemukaka­n kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) untuk sekurang- kurangnya memperbaik­i bangunan atau membina bangunan baharu di tapak sama kerana lokasinya sudah pun strategik di tengah bandar raya,” katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata indeks kadar jenayah di Sarawak menunjukka­n trend penurunan.

Bagi kes jenayah harta, Sarawak merekodkan sebanyak 3,978 kes dari 1 Januari hingga 28 Oktober 2018 berbanding 4,403 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Turut hadir pada sidang akhbar semalam adalah Timbalan Pesuruhjay­a Polis Datuk Pahlawan Dzuraidi Ibrahim.

 ??  ?? PERIKSA: Wan Ahmad (dua kanan) memeriksa barisan kehormat selepas beliau tiba di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sarawak di Jalan Badruddin semalam.
PERIKSA: Wan Ahmad (dua kanan) memeriksa barisan kehormat selepas beliau tiba di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sarawak di Jalan Badruddin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia