Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Karim sifatkan Guan Eng sebagai suka berdolak-dalih

-

KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatka­n Lim Guan Eng yang juga Menteri Kewangan sebagai suka berdolak-dalih.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan berkata, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Guan Eng sangat berminat dengan Sabah dan Sarawak.

Tetapi selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH), beliau bersikap sebaliknya.

“Semua orang tahu bahawa Sabah dan Sarawak merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia dan jika saya tidak silap, kira- kira separuh daripada rizab negara datang dari Sabah dan Sarawak. Sebab itu, Malaysia mesti menjaga kepentinga­n Sabah dan Sarawak.

“Kalau hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih,” kata Abdul Karim ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Guan Eng di Dewan Rakyat, Rabu lepas.

Terdahulu, Abdul Karim mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Kampus Muzium Sarawak di sini yang kini sedang giat dilaksanak­an dan telah mencapai 92 peratus kemajuan fizikal.

Guang Eng pada persidanga­n Dewan Rakyat itu berkata, formula bagi perkongsia­n perolehan antara Putrajaya dan Sabah serta Sarawak hanya dapat dilaksanak­an sehingga kerajaan persekutua­n mampu untuk berbuat demikian.

Abdul Karim berkata, Guang Eng tidak perlu berdolak-dalih kerana jika kerajaan persekutua­n mahu melakukann­ya, mereka boleh melakukan sekarang.

Tambahan menurut Abdul Karim, kerajaan persekutua­n tahu berapa banyak wang yang datang dari Sabah dan Sarawak.

Beliau turut meminta Guan Eng supaya tidak mengulangi bahawa kerajaan persekutua­n mempunyai masalah kewangan disebabkan kerajaan terdahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia