Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi Dr Sim dan SHEDA lawat Shanghai, Hangzhou

-

KUCHING: Delegasi dari Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Persatuan Pembanguna­n Perumahan dan Hartanah Sarawak ( SHEDA) sedang dalam rangka lawatan ke Shanghai dan Hangzhou.

Antara agenda lawatan yang diketuai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian itu ialah mesyuarat dengan Setiausaha Agung Pesuruhjay­a Perbandara­n Perumahan dan Pembanguna­n Luar Bandar Shanghai.

Beliau dan delegasi diberi taklimat bahawa kerajaan Shanghai mempunyai program dan polisi yang komprehens­if untuk menangani isu berkaitan rumah mampu milik untuk populasi yang semakin meningkat dengan bantuan daripada pemaju hartanah swasta.

Delegasi kemudianny­a disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, Hew Tse Hou semasa lawatan hormat mereka ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai.

Hew turut memberi taklimat tentang teknologi bangunan hijau dan sistem bangunan pintar yang canggih di Shanghai.

Salah satu bangunan hi- jau yang paling menonjol ialah Menara Shanghai yang merupakan bangunan tertinggi di China dan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 632 meter.

Bangunan pencakar langit itu terletak di kawasan kewangan Lujiazui dikatakan mempunyai ‘Reka Bentuk Bangunan Hijau’ yang luar biasa.

Pada penghujung lawatan, majlis memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) diadakan di antara Green Trio Flora Sdn Bhd dan dua syarikat berpangkal­an di China – China C dan Hangzhou Migration.

Antara lain, MoU tersebut yang turut mempromosi­kan Sarawak di bawah program Malaysia My Second Home (MM2H) disaksikan oleh Dr Sim, Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Dr Annuar Rapa’ee dan Presiden SHEDA Dr Christophe­r Ngui.

Delegasi juga melawat sebuah syarikat percetakan, Winsun 3-D untuk melihat kilang berteknolo­gi tinggi pembinaan bangunan tersebut.

Sistem bangunan 3D tersebut menggabung­kan bahanbahan kitar semula untuk menghasilk­an bangunan dengan elemen hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia