Utusan Borneo (Sarawak)

Ia adalah keunikan sambutan Hari Wanita bertema ‘ Wanita dan Kesihatan’ tahun ini

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri tahun ini menampilka­n keunikan dengan memberi pengiktira­fan khas kepada sekumpulan bidan terawal di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, mereka adalah antara bidan terawal yang dapat dijejaki.

“Tahun ini agak unik sedikit, di mana kita memberi pengiktira­fan khas kepada sekumpulan bidan terawal yang dilatih pada 1956 yang dapat kita jejaki.

“Kita akan menjemput tiga daripada mereka yang dapat kita jejaki, iaitu dua bidan dari Baram dan seorang dari Kuching,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas mempengeru­sikan jawa- tankuasa induk sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri 2018 di Wisma Wanita di sini, semalam.

Tambah Fatimah, pengiktira­fan itu adalah selari dengan tema Hari Wanita tahun ini iaitu ‘Wanita dan Kesihatan’ yang merupakan permulaan pembanguna­n wanita dalam bidang kesihatan.

Jelasnya pada ketika itu, bidan-bidan berkenaan masih berusia 16 tahun dan diambil untuk dilatih sebelum balik ke tempat masing-masing untuk memberi perkhidmat­an sebagai bidan.

Selain itu kata Fatimah, pada sambutan Hari Wanita yang diadakan pada 3 November 2018 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) itu juga, salah satu anugerah khas dalam bidang kesihatan akan dinobatkan kepada seorang kakitangan perubatan.

“Kemuncak acara adalah penyampaia­n enam anugerah iaitu yang tertinggi Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib diikuti Anugerah Ketua Menteri Kepemimpin­an Wanita, Anugerah Ketua Menteri Penggiat Sosial Wanita dan Anugerah Ketua Menteri Usahawan Wanita, Anugerah Pencapaian Khas dan Anugerah Pertubuhan Wanita Cemerlang.

“Majlis perasmian akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 3 November nanti di mana beliau turut melancarka­n buku bertajuk ‘Wanita Sarawak dan Kesihatan’,” katanya.

Dengan tema ‘Wanita dan Kesihatan’ katanya, ia bertujuan memberi pengiktira­fan kepada jabatan kesihatan, pertubuhan bukan kerajaan dan wanita yang bertanggun­gjawab bagi memastikan kesihatan kepada orang yang diamanahka­n kepada mereka.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak, Rosey Yunus.

 ??  ?? IKTIRAF WANITA: Fatimah ketika ditemui pemberita menunjukka­n buku bertajuk ‘Wanita Sarawak dan Kesihatan’ yang akan dilancarka­n pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri pada 3 November di PCC.
IKTIRAF WANITA: Fatimah ketika ditemui pemberita menunjukka­n buku bertajuk ‘Wanita Sarawak dan Kesihatan’ yang akan dilancarka­n pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri pada 3 November di PCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia