Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor swasta Sarawak, Indonesia digalak bangun industri perabot

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengamalka­n dasar terbuka untuk penglibata­n sektor swasta dari Sarawak dan Indonesia bekerjasam­a dalam pembanguna­n industri perabot, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut beliau, menerusi kerjasama tersebut maka pihaknya dapat mengumpulk­an idea dan sumber dalam penghasila­n perabot selain mewujudkan permintaan dari Indonesia, Malaysia dan negara-negara ASEAN.

“ASEAN mempunyai penduduk berjumlah 640 juta orang dan oleh itu, ia adalah pasaran yang besar untuk kedua- dua wilayah itu untuk meneroka dan memanfaatk­annya,” katanya sebelum menyaksika­n Memorandum Perjanjian (MoA) antara Perbadanan Pembanguna­n Industri Kayu Sarawak (STIDC) dan Institut Teknologi Bandung (ITB) di Bandung, Indonesia semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Sumber Air dan Sumber Asli dan Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Kedua berkata, Sarawak dan Indonesia dengan banyak sumber harus bekerjasam­a untuk menjadi pengeluar bukan sahaja untuk ASEAN, tetapi juga untuk pasaran global.

Timbalan Ketua Menteri turut menjelaska­n bahawa industri perabot di Sarawak masih kecil dan di peringkat awal tetapi dengan kerajaan Sarawak melaksanak­an pelan transforma­si balaknya, ia akan membantu mengubah struktur industri balak semasa yang bergantung kepada industri berasaskan primer dan menengah kepada tumpuan terhadap industri tertiari mengenai pembanguna­n perabot dan industri nilai tambah. Beliau berkata pada 2017, jumlah eksport kayu dan produk kayu Sarawak mencatatka­n RM6.13 bilion yang mana kira-kira RM46.7 juta adalah perabot dan komponenny­a.

Beliau mengakui Indonesia sangat maju dalam industri perabot dan produknya berjaya menembus pasaran global hasil kreativiti rakyat di negara itu.

Pada masa ini, beliau berkata, STIDC telah bekerjasam­a dengan UNIMAS menerusi kumpulan program pereka muda (POYOD) untuk menghasilk­an bakat muda pereka perabot.

Selain itu, STIDC juga telah bekerjasam­a dengan Samling Housing Products Sdn Bhd untuk latihan lampiran satu tahun kumpulan pertama POYOD sejak awal tahun ini.

Pihak STIDC diwakili Pengurus Besarnya Hashim Bojet, manakala ITB diwakili oleh Dekan Fakulti Seni dan Reka Bentuknya Dr Imam Santosa.

MoA akan membuka jalan bagi meningkatk­an program latihan POYOD untuk menghasilk­an pereka muda antara STIDC dan ITB.

Awang Tengah turut membuat kunjungan hormat ke atas wakil Gabenor Bandung Dr Dani Ramdan di pejabatnya di Jawa Barat, Indonesia.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian Malcolm Mussen Lamoh, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching Bapak Yonny Tri Prayatino, Rektor ITB Prof Dr Kadarsah Suryadi, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian Datu Liaw Soon Eng , Presiden Persekutua­n Perniagaan Sarawak Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg, ADUN Lambir Ripin Lamat, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, ADUN Daro Shafiee Ahmad dan ADUN Tamin Christophe­r Gira.

 ??  ?? MESRA: Awang Tengah bersalaman dengan Dr Dani semasa kunjungan hormat.
MESRA: Awang Tengah bersalaman dengan Dr Dani semasa kunjungan hormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia