Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian akan dijalankan untuk menentukan jumlah tanah yang telah dijual pemiliknya agar dapat dibeli semula: Uggah

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Satu kajian akan dijalankan untuk menentukan jumlah tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) yang telah dijual oleh pemiliknya agar tanah itu dapat dibeli semula supaya kekal menjadi hak Bumiputera.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan telah memberikan beriburibu surat hak milik tanah kepada pemiliknya, namun tiada maklumat tentang berapa banyak surat hak milik tanah tersebut masih bersama pemilik asal.

Katanya, generasi terdahulu telah berjuang keras untuk memiliki dan melindungi tanah itu, maka generasi sekarang perlu memastikan tanah itu terus kekal bersama mereka.

Beliau bimbang sekiranya amalan menjual tanah tidak ditangani, penduduk peribumi tidak akan memiliki tanah di tempat mereka sendiri lagi pada masa hadapan.

“Saya tidak fikir kita mahu ini berlaku. Marilah kita membuat pengukuran, saya akan berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai perkara ini,” ujarnya semasa melancarka­n Simposium Budaya Iban Ke-7 bermula 24 hingga 27 Oktober bertemakan ‘Optimizing Our Resources: Leveraging on Digital Economy for Greater Prosperity’ di sebuah restoran di Bintulu Sentral malam kelmarin.

Uggah berkata, cadangan itu adalah untuk menubuhkan sebuah organisasi khas untuk membeli semula tanah tersebut sebagai usaha terakhir.

“Jika tanah itu perlu dijual, biarkan organisasi membelinya. Dengan cara ini, tanah itu akan kekal menjadi hak Bumiputera,” katanya sambil menambah ia menyedari tanah sedemikian di kawasankaw­asan utama yang berubah tangan misalnya di Betong, Saratok dan Spaoh.

Sementara itu, dalam proses kaji selidik perimeter, Uggah yang merupakan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah menarik perhatian kerajaan negeri agar memperuntu­kkan dana untuk tujuan itu.

“Jika sebelum ini dana itu daripada kerajaan pusat, kami tidak pasti sama ada lebih banyak dana akan datang dengan perubahan dalam kerajaan tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata, proses itu perlahan kerana Jabatan Tanah dan Survei ( JTS) negeri mempunyai masalah kekurangan tenaga kerja.

“Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan kami bahawa kaji selidik itu diberikan kepada juruukur swasta. Pendekatan ini telah dilakukan oleh masyarakat Bidayuh di Serian dan Bau yang telah mengendali­kannya dengan baik dan mendapat juruukur swasta untuk melakukan pekerjaan itu,” katanya.

Bagaimanap­un, sebelum pendekatan tersebut diikuti, terdapat keperluan untuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP), katanya sambil menambah akan bercakap dengan JTS mengenai perkara itu.

Mengenai perkara lain, Uggah berkata perbincang­an juga akan diadakan dengan Pejabat Peguam Negara mengenai bagaimana untuk meningkatk­an status Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Bumiputera agar setanding dengan Mahkamah Tinggi dalam menangani kes- kes tanah.

“Mahkamah Bumiputera menghadapi beberapa kelemahan. Statusnya adalah rendah di mana para hakim adalah penduduk, pegawai daerah dan pegawai tadbir Sarawak yang tidak terlatih secara sah untuk bercakap.

“Sekarang kita mempunyai situasi di mana mereka yang mampu membiayai perkhidmat­an peguam yang jelas meletakkan pentadbir kerajaan dan pemimpin masyarakat di bawah kelemahan,” katanya.

Uggah berkata, Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjun telah datang untuk melihat situasi terbabit dan memberi cadangan untuk menyelesai­kan perkara itu.

“Saya juga telah berbincang dengan Ketua Menteri. Peguam Negara akan mengikuti lanjut perkara ini dengan Putrajaya. Kami harap boleh mendapatka­n hakim yang layak untuk mendengar keskes dan kes-kes peribumi dapat didengar dan diselesaik­an di Mahkamah Bumiputera,” katanya.

Pada majlis itu, acara kejutan diadakan untuk meraikan ulang tahun ke- 78 bekas Timbalan Ketua Menteri dan sekarang Penasihat Sains kepada Kerajaan Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan isteri Datuk Patinggi Tan Sri Empiang Jabu.

Beliau merupakan antara 300 peserta simposium selama empat hari tersebut dengan pengerusi jawatankua­sa pengelolan­ya ialah Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi.

Hadir sama Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti merangkap timbalan pengerusi pengelola Datuk Francis Harden Hollis.

Selain itu Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Luar Bandar) Jabatan Ketua Menteri merangkap penasihat simposium Datu Jaul Samion, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie Irok, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Dayak (DCCI) Datuk Joseph Salang Gandum, Pengerusi Yayasan Tun Jugah Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Tun Jugah, Pengerusi Serakup Indu Dayak Sarawak merangkap Setiausaha Tetap Kementeri Utiliti Dato Ir Alice Jawan, ADUN Samalaju Majang Renggi dan Residen Bintulu Jack Aman Luat.

Jika tanah itu perlu dijual, biarkan organisasi membelinya. Dengan cara ini, tanah itu akan kekal menjadi hak Bumiputera. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? RASMI: Uggah memukul gong sebagai simbolik perasmian Simposium Budaya Iban Ke-7 sambil disaksi (dari kiri) Jabu, Alexander, Dr Rundi serta Harden, Sikie, Leonard, Leo (kanan) dan tetamu lain.
RASMI: Uggah memukul gong sebagai simbolik perasmian Simposium Budaya Iban Ke-7 sambil disaksi (dari kiri) Jabu, Alexander, Dr Rundi serta Harden, Sikie, Leonard, Leo (kanan) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia