Utusan Borneo (Sarawak)

RM50,000 disalur untuk naik taraf surau SMK Bako

-

KUCHING: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako bagi menaik taraf surau sekolah tersebut.

Berita gembira itu diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni pada perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Graduasi Pra 2018 SMK Bako di Dewan Endao di sini, semalam.

“Bagi menjawab permohonan yang diajukan Pengetua SMK Bako Chew Kui Hock tadi (semalam), adalah tidak menjadi masalah untuk kita menghulurk­an bantuan sebanyak RM50,000 bagi menaik taraf surau sekolah.

“Ini bertujuan meningkatk­an kerohanian pelajar-pelajar di sekolah yang majoritiny­a terdiri daripada Bumiputera Islam,” ujarnya pada majlis tersebut.

Pada masa sama, Dr Hazland turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bako bagi kegunaan mengadakan program dan aktiviti di peringkat sekolah.

Selain itu, beliau menjelaska­n kerajaan negeri akan terus membantu memberikan bantuan dan sokongan kepada sekolah termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut dalam usaha meningkat lagi pengajaran dan pembelajar­an.

“Seperti di DUN Demak Laut, saya mempunyai tiga sekolah menengah dan 16 sekolah rendah. Itu adalah jumlah sekolah-sekolah yang kami bantu setiap tahun dalam pelbagai bentuk,” tambahnya.

Dalam pada itu tegasnya, gabungan ibu bapa dan guru memainkan peranan yang sangat penting dalam bersama-sama untuk memastikan pelajar-pelajar yang berkualiti dan cemerlang dapat dilahirkan dalam pelbagai bidang khususnya bidang sains, matematik dan teknologi.

Menurutnya, ibu bapa dan guru perlu bersama- sama memikirkan cara terbaik bagi membolehka­n pelajar dapat melanjutka­n pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

“Untuk itu, kita akan memulakan makmal Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) di setiap 16 sekolah rendah di kawasan DUN De- mak Laut secara berperingk­at.

“Makmal STEM ini diharap akan dapat mengubah pelajar dan cara pemikiran yang lebih baik serta hala tuju pelajar ke arah teknologi dan vokasional,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, ia adalah dasar kerajaan dalam melahirkan pekerja-pekerja yang berkemahir­an tinggi bagi memajukan diri, keluarga, negeri dan negara di masa hadapan.

Terdahulu, Chew Kui Hock dalam ucapan memohon peruntukan bagi menaik taraf surau sekolah yang sejak sekian lama tidak dinaik taraf, biarpun jumlah pelajar di sekolah tersebut meningkat setiap tahun.

Turut hadir Yang Dipertua PIBG SMK Bako Rashid Mail, Penghulu Kampung Selabat Alli Mat Sah dan warga pendidik.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Hazland menyampaik­an anugerah kepada pelajar SMK Bako sambil disaksi tetamu kehormat lain.
TAHNIAH: Dr Hazland menyampaik­an anugerah kepada pelajar SMK Bako sambil disaksi tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia