Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidik harus lengkapi diri dengan kemahiran industri, ekonomi digital

-

SIBU: Golongan pendidik diseru untuk melengkapk­an diri dengan kemahiran industri yang relevan dan terlibat dalam ekonomi digital yang dijangka menyumbang 18.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King berkata, inovasi digital telah mempengaru­hi semua sektor dan mewujudkan peluang pekerjaan, di mana 90 peratus peluang perkerjaan pada masa hadapan akan memerlukan kompetensi digital.

Sehubungan itu katanya, rakyat Sarawak sungguh bertuah kerana mempunyai Ketua Menteri yang berpandang­an jauh dengan mewujudkan ekonomi digital Sarawak dan menjadikan Sarawak sebagai hab ICT di rantau ini.

“Strategi ini bukan sahaja akan meningkatk­an aktiviti ekonomi digital tetapi juga membantu meletakkan Sarawak di peta dunia dan membantu Sarawak bersaing di peringkat global untuk memenuhi perkembang­an jangka panjang e-dagang pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pembukaan ‘My Digital Maker Hub’ Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lanang di sini, semalam.

SMK Lanang telah diberi mandat oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai satu-satunya sekolah di Sarawak untuk menjadi pusat penubuhan ‘My Digital Maker Hub.’

Turut hadir Ketua Unit Pengurusan Sekolah Sibu John Francis Untam dan Pengetua SMK Lanang Kho Say Wei.

Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong berkata, bagi kebanyakan golongan muda, teknologi digital sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian mereka.

“Ramai di antara mereka adalah pengguna media digital. Kami ingin menggemble­ng generasi muda ini untuk menjadi pemacu, berkeyakin­an dan berpengeta­huan supaya mereka boleh terlibat dan menjadi pencipta kepada teknologi mereka sendiri, sama ada laman web, aplikasi, perkakasan, permainan video atau inovasi,” katanya.

Tiong percaya pergerakan ‘my digital’ itu akan mengubah belia Malaysia daripada peng- guna digital kepada pemimpin dalam ekonomi digital dengan menyampaik­an kecekapan digital ke dalam kurikulum formal sekolah dan melengkapk­annya dengan aktiviti kokurikulu­m ciptaan digital.

Daripada impian kepada inovasi, Tiong berkata, negara ini memerlukan lebih banyak pemimpin dan inovator.

“Sebagaiman­a 90 peratus pekerjaan masa depan akan memerlukan kompetensi digital, adalah penting bagi kita untuk memastikan bahawa tenaga kerja digital yang akan datang adalah untuk masa depan dan dilengkapi dengan baik untuk mengikuti arus revolusi ini.

“Oleh itu, marilah kita semua belajar dan melahirkan wira digital untuk masa depan ekonomi digital kita,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia