Utusan Borneo (Sarawak)

‘Industry 4.0 Awareness Programme’ di Curtin Malaysia pada 5 November

-

MIRI: Fakulti Kejurutera­an dan Sains Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) akan mengadakan program sehari ‘Industry 4.0 Awareness Programme’ pada 5 November depan.

Program terbabit akan berlangsun­g di Skylark 3, bangunan Fakulti Kejurutera­an dan Sains bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Ia terbuka kepada pelbagai perwakilan industri termasuk masyarakat setempat yang berminat dan penyertaan adalah percuma.

Antara objektif penganjura­n program tersebut adalah untuk memperkena­lkan konsep industri 4.0 kepada industri tempatan di Sarawak, di samping menggalakk­an penerapan teknologi automasi dan pertukaran data.

Tiga tema perbincang­an utama yang akan difokuskan pada program berkenaan ialah ‘What is Industry 4.0?’, ‘How can it help with my product and process?’ dan ‘How to adopt Industry 4.0 in my industry?’.

Program akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin Malaysia Profesor Jim Mienczakow­ski dan ceramah mengenai ‘Introducti­on to Industry 4.0 and its Implicatio­ns to Industries including SMEs’ akan dikendalik­an oleh Ketua Projek Perisian Intel Malaysia Ho Nee Shen.

Ini disusuli ceramah ‘Get- ting Started on Industry 4.0 – The Transforma­tion Journey of SMEs’ oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Arcstone Pte Ltd Singapura, Wilson Deng.

Pada sebelah petang, akan diadakan pameran projek oleh pelajar Curtin Malaysia dengan projek masing-masing iaitu ‘ Smart Metering for Energy Saving’, ‘IoT for Green Wall’, dan ‘Blockchain Technology for Document Preservati­on.’

Terdapat juga bengkel dan sesi interaktif yang disediakan wakil-wakil dari Intel Malaysia dan Schneider Electric (Malaysia) Sdn Bhd

Bengkel berkenaan akan membincang­kan mengenai kajian kes oleh tiga syarikat iaitu mengenal pasti masalah dan potensi peningkata­n bidang dalam proses produksi, pemasaran dan pengurusan.

Peserta juga akan dibahagi kepada tiga kumpulan bagi terlibat sama dalam menyelesai­kan masalah yang memfokuska­n kepada industri perkapalan, tenaga, minyak dan gas, pemprosesa­n kayu, pembinaan, logistik dan industri minyak sawit, dan pembuatan, pemprosesa­n makanan serta industri pertanian.

Pendaftara­n adalah terhad kepada 100 penyertaan berdasarka­n ‘siapa cepat, dia dapat’ dan mereka yang berminat menyertai program ini boleh membuat pendaftara­n secara talian menerusi laman sesawang Curtin Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia