Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong umum geran RM300,000 naik taraf kemudahan SMK Lanang

-

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King mengumumka­n geran sebanyak RM300,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lanang di sini.

Pengumuman itu dibuat semasa beliau berucap pada majlis perasmian pembukaan ‘My Digital Maker Hub’ sekolah tersebut, semalam.

Katanya, geran di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) itu adalah untuk menaik taraf dan memperbaha­rui kemudahan di SMK Lanang, lebih-lebih lagi sekolah berkenaan diberi mandat oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai satusatuny­a sekolah di Sarawak untuk menjadi pusat penubuhan hab ‘my digital maker.’

“Tahniah saya ucapkan kepada SMK Lanang kerana satusatuny­a sekolah di negeri ini yang dipilih oleh pihak MDEC sebagai pusat hab ‘my digital maker’ di Sarawak.

“Dengan ini, SMK Lanang akan menjadi pusat membudayak­an inovasi dalam kalangan murid sekolah dan sekolahsek­olah berdekatan melalui program-program ‘my digital maker’ yang memberikan tumpuan kepada kemahiran abad ke-21 dan kemahiran teknologi digital.

“Melalui hab ‘my digital maker’ di SMK Lanang, saya berharap murid berminda kelas pertama dan bertaraf antarabang­sa dapat dilahirkan secara berterusan,” katanya.

Hadir sama Ketua Unit Pengurusan Sekolah Sibu John Francis Untam dan Pengetua SMK Lanang Kho Say Wei.

Terdahulu, dalam ucapan Kho, pada tanggal 22 Mei 2018, SMK Lanang diwakili dua guru penyelaras iaitu Cikgu Liong Chiong Kiong dan Cikgu Chiew Soon Sii telah menerima sijil pelantikan SMK Lanang sebagai ‘my digital maker Champion School’ daripada Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Amin Senin.

Oleh itu beliau berkata, SMK Lanang akan menjadi pusat pembudayaa­n inovasi digital bukan sahaja kepada murid sekolah tersebut, tetapi juga kepada sekolah-sekolah sekitarnya.

“Walaupun masih belum sempurna, namun menjadi harapan kami agar hab ‘my digital maker’ SMK Lanang boleh dilengkapi dengan semua peralatan dan kemudahan yang diperlukan oleh murid agar tiada wujud kekangan untuk merealisas­ikan idea dan inovasi mereka.

“Kita amat berterima kasih kepada pihak MDEC kerana telah membekalka­n hab kita dengan sebuah pencetak 3D, dua komputer dan LCD,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia