Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian 10-11 November

-

KUCHING: Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian Tahun 1440H/2018M akan diadakan di Masjid Bahagian Serian pada 10 dan 11 November depan.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, ia akan diadakan sempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Serian pada tahun ini.

Pelbagai program menarik telah disusun atur dengan memberikan kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya.

“Pada tahun ini, Program Malam Cinta Rasul yang menampilka­n penceramah terkenal tanah air, iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias akan diadakan pada 19 November di Masjid Bahagian Serian yang dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, majlis selawat, solat Isyak berjemaah dan solat hajat perdana.

“Program tersebut diusaha secara bersama dengan Masjid Bahagian Serian dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS) dan NGONGO Islam Bahagian Serian,” kata Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Majlis Tilawah AlQuran dan Maulidur Rasul Bahagian Serian, Mastapa Julaihi semalam.

Beliau yang juga Timbalan Residen Bahagian Serian menjemput orang ramai terutama golongan belia untuk mengambil bahagian.

Tambahnya, inisiatif tersebut diambil pihak Pejabat Residen Bahagian Serian untuk memenuhi permintaan masyarakat Islam di bahagian tersebut.

Pada hari berikutnya pula, perhimpuan dan perarakan akan diadakan di pekarangan Masjid Bahagian Serian.

Para qari dan qariah yang ingin mengambil bahagian bolehlah berhubung dengan Masyirah Saini (pegawai seranta program, Pejabat Residen Bahagian Serian) menerusi talian 082-872472.

Sementara itu, bagi pihak yang ingin mengambil bahagian dalam Pertanding­an Sepanduk dan Perarakan, bolehlah berhubung dengan pihak urus setia menerusi talian 082-872471.

 ??  ?? MASTAPA
MASTAPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia