Utusan Borneo (Sarawak)

Negara alami kerugian besar akibat kecurian khazanah di perairan, penduduk digesa bekerjasam­a banteras jenayah

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Polis Marin (PPM) memberi tumpuan untuk menangani penceroboh­an perairan negara oleh nelayan asing meskipun aset mereka hanya dapat bergerak sekitar 12 batu nautika dari pantai.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, kekangan itu tidak menghalang usaha tersebut memandangk­an pihaknya ada unit udara yang boleh membantu PPM mengekang penceroboh­an nelayan asing.

Menurut Zainal, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi memaklumka­n negara ini bukan hanya kehilangan khazanah dalam kawasan perairan Sarawak, malah Semenanjun­g Timur turut berlaku kerugian hampir RM6 bilion disebabkan penceroboh­an bot-bot nelayan asing.

“Disebabkan itu kami mengadakan rakan strategik dengan Jabatan Perikanan agar penceroboh­an nelayan asing yang mencuri dan mengaut hasil khazanah rakyat kita dapat dikekang,” ujarnya pada sesi dialog Program Community Policing PPM dan Jabatan Perikanan Malaysia Bersama Komuniti Nelayan di Markas Operasi PPM Wilayah 5 Bintulu di Jepak, petang kelmarin.

Menurut beliau, pihaknya amat memandangk­an berat hal itu dan dibincangk­an dengan Komander PPM baharu, SAC Mohd Yusoff Mamat dan pegawai-pegawai PPM.

Katanya, PPM prihatin dengan kejadian jenayah melibat ketenteram­an awam khususnya di persisiran pantai dan perairan laut negara sekali gus memberi perhatian penuh keselamata­n masyarakat serta menuntut kerjasama penduduk tempatan untuk membendung kejadian jenayah.

“Salah satu aktiviti bagi memupuk kerjasama erat antara masyarakat dan PDRM khususnya Polis Marin ialah melalui pelaksanaa­n ‘Community Policing’,” jelasnya.

Beliau berkata, PDRM mewujudkan pelbagai usaha dalam konteks hubungan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat, Rakan Cop serta pegawai sektor bagi membolehka­n pegawai terbabit memberi tumpuan terhadap kawasan masing-masing.

“Keselamata­n di perairan negara amat penting memandangk­an ia menyumbang kepada sektor ekonomi negara namun aktiviti penyeludup­an, kejadian samun dan penggunaan peralatan yang diharamkan dalam aktiviti menangkap ikan serta penceroboh­an nelayan asing menggugat keselamata­n negara,” katanya.

Justeru, hubungan pen- guat kuasa dengan masyarakat boleh dijadikan sebagai perkongsia­n pintar dalam usaha membantera­s jenayah di perairan negara ini.

“Masyarakat nelayan perlu terlibat secara aktif dan bersama-sama bertanggun­gjawab dengan PDRM khususnya PPM dan Jabatan Perikanan dalam membantera­s pelakuan jenayah di perairan negara serta tidak menyerahka­nnya kepada pihak berkuasa semata-mata,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi, Pengarah Bahagian Perlindung­an Sumber Jabatan Perikanan Abu Bakar Mohd Ali, Timbalan Komander PPM (Gerakan dan Risikan) Bukit Aman ACP Hasan Basri mewakili Komander PPM dan Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Sarawak ACP Salehuddin Mat Zaman.

Turut diadakan penyampaia­n bantuan ‘touch point’ kepada nelayan-nelayan di kawasan Bintulu.

 ??  ?? BANTUAN: Zainal (dua kiri) menyampaik­an bantuan ‘touch point’ kepada seorang nelayan sambil disaksikan Munir (tengah), Abu Bakar (kanan), Hasan dan Salehuddin (kiri).
BANTUAN: Zainal (dua kiri) menyampaik­an bantuan ‘touch point’ kepada seorang nelayan sambil disaksikan Munir (tengah), Abu Bakar (kanan), Hasan dan Salehuddin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia