Utusan Borneo (Sarawak)

Keperluan semua golongan dan kaum diambil kira

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Projek-projek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) yang dilaksanak­an di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota berjalan lancar dengan mengambil kira keperluan semua golongan dan kaum termasuk masyarakat Cina di sini.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, sebanyak 22 projek dilaksanak­an di DUN Bukit Kota dengan nilai keseluruha­n RM5 juta yang kini diberi tender dan dalam proses pembinaan.

Beliau memberitah­u, kerajaan Sarawak memperuntu­kkan RTP yang diperlukan rakyat, bukan sahaja di kampung dan bandar, tetapi juga meliputi kemudahan pendidikan di sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

“Projek RTP ini dilaksanak­an dengan mengambil kira keperluan semua kaum dan saya gembira dengan pelaksanaa­n RTP di daerah Limbang yang berjalan lancar tanpa menghadapi masalah yang mengganggu perjalanan projek,” ujarnya ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan ke projek RTP di Kampung Bukit

Projek RTP ini dilaksanak­an dengan mengambil kira keperluan semua kaum dan saya gembira dengan pelaksanaa­n RTP di daerah Limbang yang berjalan lancar tanpa menghadapi masalah yang mengganggu

projek. ” perjalanan Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pertanian

Kota dan SJKC Yuk Hin di sini, semalam.

ADUN Bukit Kota itu turut berpuas hati dengan prestasi Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana projek RTP sebelum ini dan tahun ini di seluruh DUN terbabit.

Pada masa sama katanya, JKR perlu terus memantau prestasi pihak kontraktor dalam memastikan semua projek berjalan lancar mengikuti spesifikas­i dan tempoh yang ditetapkan.

Setakat ini dedahnya, pihak kontraktor juga menjalanka­n amanah yang dipertangg­ungjawabka­n dan tiada kontraktor yang disenarai hitam.

Selain kepada ADUN Gabungan Parti Sarawak (GPS), RTP yang diperkenal­kan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem pada 2014 diperluask­an kepada Ahli Parlimen selepas kerajaan Persekutua­n diambil alih Pakatan Harapan (PH) ekoran kekalahan Barisan Nasional ( BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Pada lawatan itu katanya, sejumlah RM200,000 diperuntuk­kan untuk membina dinding penghadang tanah runtuh membabitka­n dua rumah di Bukit Kota yang bermula minggu depan.

Manakala sebanyak RM250,000 dibelanjak­an bagi tujuan pembinaan gelanggang bola keranjang SJKC Yuk Hin Limbang.1

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia