Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga sertai inisiatif hijau sedia alternatif kepada beg plastik

-

SIBU: Kebanyakan peruncit yang menyertai kempen ‘Say No To Plastic Bag 2.0’ di sini menyediaka­n alternatif lain kepada pelanggan bagi mengurangk­an penggunaan beg plastik.

Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jamain, alternatif ini termasuk menyediaka­n kotak kertas dan beg kitar semula.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 60 premis perniagaan menyertai inisiatif hijau itu.

Bermula 1 Januari tahun ini, premis- premis tersebut tidak menyediaka­n beg plastik kepada pelanggan.

MPS memulakan kempen tersebut dengan tempoh percubaan tiga bulan bermula Oktober tahun lepas, di mana Sabtu, Ahad dan Isnin ditetapkan sebagai ‘Hari Tiada Beg Plastik.’

“Kempen ini dilaksanak­an berterusan, di mana MPS masih memantau dan mendidik orang ramai untuk mengambil bahagian dalam inisiatif hijau ini,” kata beliau.

Rogayah turut menggalakk­an orang ramai membawa beg mereka sendiri semasa membelibel­ah.

Mengenai perkara lain, Rogayah berkata pendaftara­n lesen anjing boleh dilakukan di Tingkat 20, Wisma Sanyan di sini, dari jam 8 pagi hingga 1 petang dan 2 petang hingga 5 petang (IsninKhami­s) dan 8 pagi hingga 11.45 pagi dan 2.15 petang dan 5 petang (Jumaat).

Selain itu, pemilik haiwan peliharaan boleh mendapatka­n lesen untuk anjing mereka di UTC Sibu mengikut waktu operasi UTC.

 ??  ?? ROGAYAH
ROGAYAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia