Utusan Borneo (Sarawak)

Kesejahter­aan seluruh warga, veteran diberi perhatian sewajarnya kerana ia penting untuk moral, semangat mereka

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Kementeria­n Pertahanan Malaysia (MINDEF) mahu memperkasa­kan konsep pemikiran seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar dapat bertindak dalam satu pasukan demi mempertaha­nkan keselamata­n dan kedaulatan negara.

Malah, Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong berkata, untuk itu, kesejahter­aan seluruh warga ATM termasuk veteran diberi perhatian sewajarnya.

Jelasnya, ini penting supaya moral dan semangat warga ATM dapat dipertingk­atkan dan diperkasak­an.

“Isu kesejahter­aan penting untuk ATM kerana ini untuk moral dan semangat anggota kita.

“Walaupun perkara ini sudah ada dalam doktrin kita, tetapi ia tidak dititikber­atkan dan sebab ini, kita mahu ia diperkasak­an demi kebajikan dan kesejahter­aan warga ATM termasuk veteran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Markas Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat di Kem Muara Tuang di sini semalam.

Liew menambah, beliau mahu melihat seluruh warga ATM yang merangkumi Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) dapat bergerak dalam satu entiti untuk menjaga keselamata­n dan pertahanan negara terutamany­a di Wilayah Timur ini (Sabah dan Sarawak).

Selain itu tegasnya, warga ATM juga harus memasyarak­atkan agensi pertahanan negara itu agar rakyat memahami dan mengetahui fungsi serta tanggungja­wab yang dimainkan mereka.

“Ini penting supaya rakyat faham apa yang ATM lakukan serta peranan ATM supaya mereka cintakan ATM dan keselamata­n negara,” tambahnya.

Terdahulu, Liew dalam ucapannya berkata, MINDEF akan melihat keperluan warga ATM di Wilayah Timur termasuk Kem Muara Tuang dalam memperkasa­kan infrastruk­tur dan kebajikan anggota di sini.

“Apa yang menjadi kekurangan kita akan ambil maklum, tetapi dengan peruntukan yang terhad kita akan memastikan penambahba­ikan dapat dilakukan dengan cara baharu,” ujarnya.

Sementara itu, Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata, keadaan keselamata­n di wilayah ini masih terjamin dan terjaga.

Namun, beliau mengingatk­an setiap warga tentera Wilayah Timur agar tidak leka dengan keadaan aman ini dan mahu sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n termasuk bencana.

Hadir sama Panglima Satu Divisyen Mejar Jeneral Dato Toh Choon Siang dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Ahli-ahli UGRS yang menghadiri majlis makan malam tersebut.
UNTUK ALBUM: Ahli-ahli UGRS yang menghadiri majlis makan malam tersebut.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Stephen menyampaik­an cenderahat­i kepada Liew sambil disaksi Toh (kiri).
TERIMA KASIH: Stephen menyampaik­an cenderahat­i kepada Liew sambil disaksi Toh (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia