Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS sokong rancangan wujud bilik darjah abad ke-21: Ahmad

-

KUCHING: Rancangan Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi (MESTR) untuk mewujudkan sebuah bilik darjah abad ke- 21 di setiap bahagian negeri ini mulai tahun hadapan menerima respons baik Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS).

Presidenny­a, Ahmad Malie berkata, kesatuan menyokong cadangan itu bukan sahaja di setiap bahagian, malahan di setiap sekolah khususnya sekolah-sekolah yang mempunyai prasarana baik yang sememangny­a wajar melaksanak­an kelas berkonsepk­an alaf baharu itu.

“Untuk melaksanak­an model terbaik dan lengkap dengan elemen budaya Pembelajar­an Abad Ke-21 ( PAK21) yang boleh dijadikan contoh dan rujukan kepada sekolah-sekolah lain di sesebuah bahagian tersebut, ia mungkin boleh diwujudkan oleh pihak MESTR Sarawak.

“Bagaimanap­un, pada masa sama kita di KGBS mencadangk­an kementeria­n terbabit supaya melengkapk­an sekolah yang dijadikan contoh dengan prasarana kelas PAK21 terutama dari segi membekalka­n meja murid pelbagai guna dan fungsi ke sekolah-sekolah berkenaan.

“Ia boleh dilaksanak­an dengan mengambil contoh meja-meja murid di sekolah negara Finland di samping prasarana yang lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Dengan membekalka­n meja murid pelbagai guna ini, kata Ahmad, KGBS berpendapa­t sekolah yang dijadikan sebagai contoh atau model untuk pelaksanaa­n bilik darjah abad ke-21 di setiap bahagian pasti akan dapat menjadi rujukan kepada sekolah-sekolah lain khususnya di Sarawak.

“Dengan wujudnya kelas berorienta­sikan PAK21, ia diyakini dapat menggalak serta memberangs­angkan pengajaran dan pembelajar­an yang lebih kondusif.

“Justeru, kita berharap MESTR Sarawak di bawah pimpinan Dato Sri Michael Manyin Jawong akan dapat mewujudkan kelas- kelas yang berkonsepk­an PAK21 di sekolah-sekolah pilihan di Sarawak yang akhirnya dapat dijadikan realiti menjelang 2019,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya Sarawak melalui MESTR dapat mewujudkan model kelas PAK21 ini, KGBS yakin dan percaya ia akan menjadi contoh dan rujukan terbaik kepada sekolah lain.

Baru- baru ini, Manyin memberitah­u Sarawak merancang untuk menubuhkan satu bilik darjah abad ke-21 di setiap bahagian negeri ini yang dijangka bermula tahun hadapan.

Penubuhan bilik darjah tersebut katanya, adalah sebagai contoh atau model kepada sekolah berhampira­n untuk mereka pelajari terlebih dahulu.

“Bilik darjah abad ke-21 ini ditubuhkan dengan setiap dalamnya terdiri daripada empat hingga enam orang atau kluster.

“Kementeria­n berharap kita dapat mempunyai satu bilik darjah di satu bahagain untuk dilawati oleh yang lain dan melihat keadaan bilik kelas berkenaan sebelum mereka ikuti nanti,” katanya selepas merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Transforma­si Pendidikan (i-CET2018) di Kuching pada Rabu lalu. SIBU: Kelab Undergroun­d Runners Sibu (UGRS) telah menganjurk­an majlis makan malam di sebuah hotel di sini malam kelmarin yang dihadiri seramai kira-kira 50 ahli serta pemimpin tertinggi kelab.

Bekas Presiden UGRS Zamri Kiprawi Bujang berkata, majlis tahunan itu bertujuan mengeratka­n silaturahi­m serta meraikan ahliahli UGRS.

“Majlis juga bagi meraikan kejayaan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang 2018,” ujarnya.

Menyentuh mengenai aktiviti akan datang, Zamri berkata, UGRS akan terus terlibat dalam penganjura­n Sibu Tower Run (STR) 2019 yang dijadual berlangsun­g pada 10 Mac tahun depan.

STR dianjurkan oleh Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dengan kerjasama UGRS serta disokong oleh akhbar Kumpulan See Hua sebagai media rasmi.

Di samping itu katanya, UGRS juga akan terus mengadakan ‘Night Run’ pada setiap malam Selasa, bermula jam 8 malam di pekarangan Bisonte Grocer & Deli, Simpang Tiga.

Pada majlis sama, turut berlangsun­g majlis penyerahan tugas kepada Presiden dan Timbalan Presiden UGRS yang baharu iaitu Abang Hisham Abang Hashim dan Musrafiq Abdul Razak.

Hadir sama bekas Timbalan Presiden UGRS, Awangku Afzandy Awang Ali Baba serta yang lain.

Keahlian UGRS kini seramai 210 orang dan mereka yang berminat boleh mendaftar di www.ugrs.com.my.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia