Utusan Borneo (Sarawak)

Penjara enam bulan balasan komen hina kematian polis

Penghantar ikan patin mengaku salah terhadap pertuduhan

-

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anaknya dilihat meninggalk­an Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini pada jam 1.08 petang selepas selesai memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan kes penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang hadir bersama dua anaknya, Riza Aziz dan Norashman, berada di bangunan itu yang menempatka­n Jabatan Siasatan Jenayah Komersil selama lebih tiga jam.

Ketiga-tiga mereka yang tiba di situ pada jam 9.45 pagi turut ditemani dua peguam.

Rosmah sebelum ini dijadual memberi keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia kelmarin namun proses itu diminta ditangguhk­an semalam.

Pada 4 Oktober lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya berkemung- kinan memanggil Rosmah bagi mengambil keterangan melibatkan pelbagai kes termasuk 1MDB.

Lebih 50 pengamal media yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan jurukamera memenuhi kawasan lobi menara itu bermula jam 8 pagi hingga jam 1 petang.

Sebelum Rosmah dan anak-anaknya meninggalk­an bangunan itu, turut kelihatan pelakon yang juga penyokong UMNO Ellie Suriati Omar yang menunggu seorang diri berhampira­n kumpulan pengamal media. — Bernama KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhka­n hukuman penjara enam bulan terhadap seorang penghantar ikan kerana memuat naik komen menghina kematian dua anggota polis dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Selasa lepas.

Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhka­n hukuman itu ke atas Mohd Hannan Ibrahim, 27, yang berasal dari Kampung Parit Tengah, Pekan dekat sini, selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan itu.

Hukuman diarahkan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 23 Okt lepas.

Tertuduh yang bertubuh kecil itu didakwa memuat naik komen menghina kematian dua anggota polis itu dengan menggunaka­n akaun Facebookny­a dalam laman Komuniti Kuantan pada jam 5.30 petang, 23 Okt lalu.

Perbuatan tertuduh didakwa dilakukan dengan menggunaka­n telefon bimbit jenama Samsung Galaxy J2 Prime miliknya dan dilakukan dengan tujuan menyakitka­n hati sesetengah pihak.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a)(i) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Mohd Hannan yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara ke atasnya atas alasan dia hanya bekerja sebagai peng-

Saya mohon tempoh penjara yang singkat kerana saya menanggung ibu bapa dan seorang anak saudara. Emak saya tidak sihat dan saya yang perlu menjaganya. Mohd Hannan Ibrahim Tertuduh

hantar ikan patin dari Pekan ke Temerloh dengan pendapatan RM1,600 sebulan.

“Saya mohon tempoh penjara yang singkat kerana saya menanggung ibu bapa dan seorang anak saudara. Emak saya tidak sihat dan saya yang perlu menjaganya,” katanya yang sempat mengucapka­n terima kasih kepada hakim selepas hukuman dijatuhkan.

Timbalan Pendakwa Raya Fatinah Abu Bakar memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal ke atas tertuduh untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada dirinya dan orang awam supaya lebih berhati-hati dalam tindakan mereka dalam laman sosial.

“Tindakan tertuduh yang meninggalk­an komen di posting berkaitan kematian dua anggota polis itu bukan hanya mendatangk­an kemarahan kepada warga Polis Diraja Malaysia ( PDRM) tetapi juga mengguris hati keluarga mangsa,” katanya.

Pada Selasa lepas, dua anggota polis dari cawangan Gerakan IPK Kuantan, Sarjan Mejar Roslan Maon, 50, dan Konstabel Watson Edin, 23, maut selepas kereta peronda dinaiki terbabas dan melanggar penghadang jalan di kilometer 183.4 LPT, dekat Maran.

Mereka dalam operasi mengiringi kenderaan yang membawa kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 dalam perjalanan dari Bentong ke Kuantan semasa kejadian berlaku jam 3.20 petang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KETERANGAN: Rosmah bersama dua orang anaknya hadir bagi memberi keterangan kepada Polis berhubung siasatan kes penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Menara KPJ Jalan Tun Razak kira-kira jam 9.45 pagi di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERI KETERANGAN: Rosmah bersama dua orang anaknya hadir bagi memberi keterangan kepada Polis berhubung siasatan kes penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Menara KPJ Jalan Tun Razak kira-kira jam 9.45 pagi di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENGAJARAN: Mohd Hannan (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam, kerana memuat naik komen menghina kematian dua anggota polis dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Kuantan, baru-baru ini.
— Gambar Bernama PENGAJARAN: Mohd Hannan (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam, kerana memuat naik komen menghina kematian dua anggota polis dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Kuantan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia