Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasuh didakwa abaikan anak asuhan sehingga lebam cuping telinga

-

KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan pengabaian terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun dua bulan sehingga menyebabka­n lebam di cuping kedua-dua belah telinga, dua bulan lepas.

Anila Jaya, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Ibu tunggal itu didakwa telah melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak perempuan itu di sebuah premis di Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, di sini pada jam 8 pagi hingga 7 petang, 6 Ogos lepas.

Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanakkanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamaluddin tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dibenarkan serta jaminan yang rendah atas alasan hanya boleh membayar jamin RM1,000.

“Saya tidak ada duit… tetapi boleh meminjamny­a daripada rakan-rakan. Kakak saya juga ibu tunggal hadir untuk membayar jaminan,” katanya.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Nov untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia