Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan Najib pindah kes ke Mahkamah Tinggi didengar 31 Oktober ini

-

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memindahka­n 21 kes pengubahan wang haram dan empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri yang dihadapiny­a akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Okt ini.

“Permohonan ini akan didengar di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada jam 3 petang,” kata peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed kepada pemberita selepas pengurusan kes itu di hadapan Timbalan Pendaftar Raja Shahril Anuar Raja Baniamin, di sini semalam.

Beliau juga memaklumka­n bahawa berdasarka­n afidavit jawapan yang diterima, pihak pendakwaan tidak membuat sebarang bantahan terhadap permohonan berkenaan.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.

Pada 20 Sept lalu, Najib, 65, mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini pada 2 Ogos dan 7 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4( 1)( a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA) yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada tarikh sama, Ahli Parlimen Pekan itu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) untuk mendapatka­n rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014. —Bernama KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis kekal menjalani hukuman penjara selama 10 bulan dan denda selepas didapati bersalah meminta serta menerima rasuah wang tunai untuk melepaskan seorang warga Myanmar yang disyaki memiliki kad Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) palsu, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan ASP Mohamad Zafrul Zulkifli, 38, Lans Koperal Mohamad Hasirun Abu Hassan, 30, dan Lans Koperal Mohd Saffuan Mat Salleh, 32, selaku perayu, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhi hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Dalam keputusann­ya, Hakim Azman berkata keputusan yang dijatuhi hakim Mahkamah Sesyen ke atas ketiga-tiga perayu tidak terlampau berat dan memadai dengan kesalahan yang dilakukan perayu sebagai polis yang terlibat dengan rasuah.

“Mahkamah Tinggi ini meneliti rekod rayuan dan hujahan ketiga-tiga perayu dan memutuskan sabitan ber- salah oleh hakim Mahkamah Sesyen adalah selamat dikekalkan. Dengan ini rayuan ke atas sabitan dan hukuman perayu-perayu ditolak,” kata hakim itu.

Mahkamah Sesyen sebelum ini menjatuhka­n hukuman penjara 10 bulan dan denda RM10,000 ke atas setiap perayu dan jika mereka gagal membayar denda, mereka boleh dipenjara setahun lagi.

Mahkamah bagaimanap­un membenarka­n permohonan ketiga- tiga perayu untuk menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Mengikut tuduhan, Mohamad Zafrul dan Mohamad Hasirun masing-masing didakwa telah secara rasuah meminta untuk diri masing-masing daripada Kyaw Phone Naing, suapan iaitu wang tunai RM2,000 dan RM1,500 sebagai satu dorongan untuk melepaskan Nang Cherry yang disyaki memiliki kad UNHCR palsu.

Mohd Saffuan pula didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya daripada Kyaw, satu suapan iaitu wang tunai RM1,500 sebagai satu dorongan untuk melepaskan individu sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia