Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai program akan dilaksanak­an dengan penyertaan dibuka kepada ahli parlimen, pemegang taruh dan wakil media

-

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan parlimen Malaysia akan bekerjasam­a membentuk sebuah jawatankua­sa bagi memperkasa­kan penggunaan bahasa Melayu di Parlimen, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau berkata ia adalah sebahagian daripada usaha mengangkat dan memartabat­kan bahasa kebangsaan di institusi perundanga­n tertinggi negara seperti parlimen.

“Pelbagai program akan dilaksanak­an bermula November ini seperti diskusi awam dan kuliah umum dengan penyertaan dibuka kepada ahli parlimen, pemegang taruh dan wakil media.

“Kita akan guna bahasa Melayu untuk berbahas, berbincang dan menganalis­is tajuk-tajuk terkini seperti isu perkahwina­n muda, hukuman mati mandatori dan sebagainya. Kita cuba adakan hampir 100 peratus dalam bahasa Melayu,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat rombongan pengurusan tertinggi DBP di Bangunan Parlimen, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Professor Dr Mohamed Hatta Shaharom menjelaska­n DBP tidak menganjurk­an kursus khas bahasa Melayu untuk ahli parlimen seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Mohamed Hatta berkata kedua-dua pihak memilih pendekatan lebih mesra iaitu ahli parlimen secara sukarela bertemu dengan wakil DBP bagi membantu meningkatk­an tahap penguasaan bahasa Melayu mereka.

“Kita setuju secara asas bahawa tiada kursus secara rasmi dirancang. Kita membuka peluang bagi wakil rakyat yang inginkan perkhidmat­an ini tanpa perlu diketahui oleh sesiapa, selain ingin menjaga air muka dan maruah.

“Jadi pertama sekali mereka secara sukarela bertemu kita dan kedua kita bersedia untuk melihat apakah piawaian (tahap penguasaan bahasa Melayu) yang dicapai dan mahu ditingkatk­an,” katanya.

Pada 28 September lalu, DBP dilaporkan akan menganjurk­an kursus bahasa Melayu untuk semua ahli parlimen bermula Januari tahun hadapan. — Bernama

Kita setuju secara asas bahawa tiada kursus secara rasmi dirancang. Kita membuka peluang bagi wakil rakyat yang inginkan perkhidmat­an ini tanpa perlu diketahui oleh sesiapa, selain ingin menjaga air muka dan maruah. Professor Dr Mohamed Hatta Shaharom Pengerusi Lembaga Pengelola DBP

 ?? — Gambar Bernama ?? PENYERAHAN BUKU: Mohamad Ariff (tengah) bersalaman dengan Mohamed Hatta (tiga kiri) pada Majlis Penyerahan Buku oleh Pengurusan Tertinggi DBP di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PENYERAHAN BUKU: Mohamad Ariff (tengah) bersalaman dengan Mohamed Hatta (tiga kiri) pada Majlis Penyerahan Buku oleh Pengurusan Tertinggi DBP di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia