Utusan Borneo (Sarawak)

Suami pukul isteri kerana berang kereta calar

-

BUTTERWORT­H: Seorang wanita terpaksa menerima tiga jahitan di kepala dan beberapa kesan lebam di mata serta tangan apabila dipukul suaminya yang berang berikutan terdapat kesan calar di kereta lelaki itu selepas isterinya terlibat dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata wanita itu membuat laporan polis pada jam 9.46 malam kelmarin dan mendakwa mangsa yang berusia 40 tahun dicederaka­n suaminya dalam kejadian jam 5.15 petang semasa berada di rumah mereka di Butterwort­h.

“Suami mangsa berusia 42 tahun berang selepas mendapati keretanya calar kerana isterinya terlibat dalam kemalangan bertindak memukul wanita itu dengan menarik rambut, memukul menggunaka­n tangan serta kerusi, menolak dan menghentak kepala mangsa ke dinding sebelum melarikan diri.

“Semasa kejadian, ibu mangsa yang berada di rumah mereka turut sama menghalang suspek dari terus mencederak­an anak perempuann­ya itu namun tidak berjaya,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata mangsa menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan hasil pemeriksaa­n doktor mendapati terdapat luka memanjang di atas kepala akibat dihentak dengan objek keras.

Noorzainy berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod lampau termasuk kesalahan memukul isterinya dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain beliau berkata pengetua sebuah se- kolah menengah di sini yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua laporan dakwaan liwat yang masingmasi­ng dibuat murid tahun lima dan pelajar tingkatan satu, direman selama tiga hari sehingga 28 Okt ini.

Pada Selasa, Bernama melaporkan polis sedang menjalanka­n siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid tahun lima dan pelajar tingkatan satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.

Kedua-dua pelajar itu membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua berusia 55 tahun pada hujung minggu lalu ketika menyertai program pendidikan di sekolah lelaki itu bertugas, selepas memaklumka­n kejadian kepada keluarga masing-masing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia