Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas disyaki rogol anak direman tujuh hari

-

MIRI: Seorang lelaki warga emas yang ditangkap kerana disyaki merogol anak perempuann­ya yang berusia lapan tahun diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Prescilla Kasa dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Prescilla memberitah­u bahawa seorang lelaki telah ditangkap pada jam 9.45 malam, 23 Oktober lalu di sebuah rumah di Jalan Pujut 4 di sini.

Tangkapan ke atas suspek dibuat berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang anggota polis.

Dalam aduannya, pengadu, 45, mendakwa sekitar jam 5.20 petang, 23 Oktober lalu, ketika sedang bertugas di pejabat pertanyaan Balai Polis Pusat Miri, beliau ada menerima panggilan telefon daripada pihak hospital yang menyatakan seorang budak perempuan berusia lapan tahun disyaki telah dirogol oleh bapanya.

Dalam permohonan­nya, Prescilla memberitah­u reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek, 64, dari Jalan Manettia 1A pujut 8 1/2 Jalan Pujut-Lutong di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarka­n reman tujuh hari ke atas suspek sehingga 31 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia