Utusan Borneo (Sarawak)

Parti liar di kondominiu­m diserbu, 2 remaja antara 20 ditahan

-

JOHOR BAHRU: Polis menyerbu sebuah parti liar di satu kondominiu­m di kawasan Danga Bay di sini kelmarin dan menahan 20 individu termasuk dua remaja berumur 15 dan 17 tahun kerana disyaki terlibat dengan penyalahgu­naan dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinai­n Jais berkata dalam serbuan menerusi Ops Tapis antara jam 10 pagi dan 3 petang kelmarin itu, polis memeriksa 26 individu termasuk 16 lelaki dan 10 perempuan di kondominum itu.

Katanya 17 daripada mereka didapati positif dadah jenis Methamphet­amine dan tiga lagi positif Ketamine.

“Kesemua 20 individu itu pula melibatkan 15 lelaki dan lima perempuan termasuk seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dan seorang remaja perempuan 15 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Shahurinai­n berkata siasatan mendapati remaja perempuan itu masih bersekolah di Seri Alam di sini, manakala remaja lelaki itu tidak lagi bersekolah.

Beliau berkata hasil soal siasat, kesemua mereka mengaku mengambil dadah di sebuah pusat hiburan di Taman Sentosa di sini sehari sebelum itu dan pergi ke kondominiu­m itu untuk berehat.

Katanya kesemua mereka dipercayai berkongsi menyewa kondominiu­m itu pada harga RM300 satu malam dan kebanyakan mereka tiba di kondominiu­m itu selepas jam 2 pagi kelmarin.

Daripada soal siasat, polis percaya seorang lelaki tempatan dikenali dengan nama samaran ‘Man’ yang menetap di Pontian, dikatakan penganjur parti liar itu, kata beliau.

“Man dikatakan menjemput rakan kenalannya melalui laman sosial WeChat dan rakanrakan yang lain pula menjemput kenalan lain menjadikan lebih ramai yang datang ke parti liar tersebut. Bagaimanap­un Man tidak ada semasa serbuan dilakukan,” katanya.

Menurut Shahurinai­n, pemeriksaa­n di premis berkenaan tidak menemui sebarang minuman keras dan tiga hingga empat daripada yang ditahan itu dipercayai telah sering terlibat dengan parti liar. — Bernama IPOH: Seorang anggota polis yang menjalani latihan payung terjun pengsan dan jatuh atas bumbung sebuah rumah di Jalan Asam Kumbang dekat Taiping semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Rafeel Hairul Richard berkata anggota berumur 33 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian muka serta kepala dan telah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang itu pengsan ketika menjalani latihan tersebut pada ketinggian 3,000 kaki dengan menaiki pesawat ringan.

“Mangsa dipercayai pengsan pada ketinggian 1,000 kaki manakala payung terjun beliau telah hilang kawalan dan terbabas ke atas bumbung rumah orang awam,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Rafeel, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira jam 11.03 pagi dan menggerakk­an 10 pegawai serta anggota ke lokasi kejadian untuk membawa turun mangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia