Utusan Borneo (Sarawak)

MBPP tubuh jawatankua­sa khas siasat kejadian tanah runtuh

-

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menubuhkan sebuah jawatankua­sa khas untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, Jumaat lepas.

Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang berkata jawatankua­sa yang diketuai oleh beliau sendiri itu turut dianggotai Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu, pasukan teknikal dan pihak profesiona­l.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang turut menubuhkan jawatankua­sa khas siasatan kes itu dan beberapa pihak termasuk Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta polis turut menjalanka­n siasatan.

“Beri ruang untuk mereka siasat secara terperinci termasuk mengenal pasti sama ada wujud jenayah kecuaian dalam kes itu dan untuk makluman semua, kami MBPP turut melakukan siasatan sendiri dan saya berjanji akan memaklumka­n kepada orang ramai selepas siasatan siap,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau ditemui selepas menerima memorandum daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Penang Forum yang menggesa pihak MBPP dan kerajaan negeri Pulau Pinang telus serta mendedahka­n siasatan kejadian itu kepada orang ramai.

Terdahulu Penang Forum bersama beberapa NGO lain berkumpul secara aman di hadapan MBPP bagi menyatakan solidariti kepada mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus dan bantahan berhubung pembanguna­n di lereng bukit di Pulau Pinang yang dilihat sangat bahaya kerana telah mengorbank­an banyak nyawa serta meminta pihak berkuasa menghentik­an projek-projek berkenaan.

Sementara itu, Yew berkata jawatankua­sa khas MBPP itu akan menyiasat punca kejadian dan mengenal pasti pihak yang perlu bertanggun­gjawab dalam tragedi itu.

Kejadian tanah runtuh di tapak projek jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus itu mengakibat­kan sembilan pekerja asing maut manakala empat cedera. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH BUKU: Aktivis Penang Forum Khoo Salma Nasution (kiri) bertemu dengan Yew (tengah) untuk menyerahka­n buku ‘Penang Hill Watch Report 2018 di bangunan MBPP di George Town semalam.
— Gambar Bernama SERAH BUKU: Aktivis Penang Forum Khoo Salma Nasution (kiri) bertemu dengan Yew (tengah) untuk menyerahka­n buku ‘Penang Hill Watch Report 2018 di bangunan MBPP di George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia