Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan perlu dibincangk­an pada mesyuarat Majlis Tertinggi

-

KUALA LUMPUR: UMNO perlu memperhalu­si cadangan Ketua Pergerakan Pemudanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti dan berehat seketika daripada menjalanka­n tugas sebagai presiden parti sehingga kes beliau selesai di mahkamah.

Penganalis­is politik Md Shukri Shuaib berkata cadangan Pemuda UMNO itu perlu dibincangk­an pada mesyuarat Majlis Tertinggi bagi mendapatka­n keputusan muktamad daripada semua anggota.

“Ini kerana sayap (Pemuda UMNO) perlu dihormati dan jangan sesekali abaikan pandangan mereka.

“CadanganPe­mudaUMNO itu berasas dan bersebab. Dalam konteks ini manamana parti harus peka dengan perlembaga­an parti masingmasi­ng. Sesebuah parti mesti ditadbir secara kolektif,” kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu ketika dihubungi Bernama semalam.

Katanya, sebarang keputusan yang diambil perlu dilihat kepada situasi semasa dan bukan bertujuan melindungi atau atas dasar kepentinga­n mana-mana pihak.

Kelmarin, Pemuda UMNO menggesa Ahmad Zahid mempertimb­angkan untuk bercuti buat seketika daripada menjalanka­n tugas sehingga kes di mahkamah selesai.

Asyraf Wajdi berkata cadangan itu bertujuan memberi peluang kepada Ahmad Zahid yang berdepan tuduhan rasuah dan pecah amanah, untuk menumpukan usaha membersihk­an nama di mahkamah.

Bagaimanap­un, cadangan tersebut mengundang pel-

Terserah pada yang menilai, juga tidak salah untuk presiden membuat pendiriann­ya sendiri kerana itu haknya. UMNO kini lebih terbuka. Tan Sri Annuar Musa Setiausaha Agung UMNO

bagai reaksi termasuk dalam kalangan pemimpin UMNO serta netizen.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menganggap pandangan yang dikemukaka­n Pemuda UMNO itu memberi gambaran jelas tentang ‘keterbukaa­n’ parti yang kini berusia tujuh dekad itu.

“Tak salah Pemuda mahu memberi cadangan. Mereka memilih untuk menggunaka­n media dan bukan saluran dalaman seperti bersemuka, biro politik, jawatankua­sa pengurusan atau MKT (Majlis Kerja Tertinggi).

“Terserah pada yang me- nilai, juga tidak salah untuk presiden membuat pendiriann­ya sendiri kerana itu haknya. UMNO kini lebih terbuka,” katanya dalam catatan di laman Twitter.

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah berpendapa­t cadangan berkenaan hanya relevan sekiranya UMNO adalah parti pemerintah.

“Dalam landskap politik hari ini di mana UMNO merupakan parti pembangkan­g dan tidak boleh mempengaru­h proses undang-undang di mahkamah mahupun peguam negara, maka tidak perlu presiden parti direhatkan,” katanya.

Beliau juga mahu semua anggota parti bersama-sama mempertaha­nkan presiden UMNO itu sehingga selesai proses undang- undang di mahkamah.

Bagi Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan, pergerakan sayap UMNO itu mengutamak­an kematangan bertindak dan sentiasa berbincang secara kekeluarga­an bersama Jawatankua­sa Pengurusan, Biro Politik dan Majlis Tertinggi.

Katanya, Ahmad Zahid berhak mendapatka­n keadilan selagi pihak mahkamah belum membuat keputusan perbicaraa­n.

“Puteri memahami cabaran bakal dihadapi oleh sesiapa sahaja yang menjadi ketua pembangkan­g, jadi kami percaya presiden UMNO mempunyai kebijaksan­aan dalam menentukan pendiriann­ya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERJUMPAAN KHAS: Ahmad Zahid (kanan) bersalaman dengan kepimpinan UMNO negeri ketika hadir pada Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO di Pejabat UMNO Kuala Terengganu di Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama PERJUMPAAN KHAS: Ahmad Zahid (kanan) bersalaman dengan kepimpinan UMNO negeri ketika hadir pada Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO di Pejabat UMNO Kuala Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia