Utusan Borneo (Sarawak)

JPP jamin proses pemilihan PKR Perak hari ini berjalan lancar

-

IPOH: Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) PKR memberi jaminan bahawa proses pemilihan kepimpinan di peringkat pusat dan cabang bagi Perak hari ini akan berjalan lancar.

Timbalan Pengerusi jawatankua­sa itu, Dr Adzman Hedra berkata persediaan antaranya dari segi logistik dan jentera telah lengkap dan ia menggunaka­n format yang sama seperti negeri lain memandangk­an Perak adalah negeri terakhir di semenanjun­g mengadakan pemilihan PKR.

“Kita juga menggunaka­n formula (persediaan) yang mana 40 peratus anggota akan pergi mengundi di setiap cabang walaupun sasarannya 30 peratus (mengundi), jadi persediaan di tempat mengundi juga tiada masalah kerana kita guna formula itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Seramai 60,878 anggota parti disahkan layak mengundi pada hari pemilihan hari ini manakala 250 petugas akan ditempatka­n di 24 cabang mengundi.

Menurut Adzman, kesemua 24 cabang tempat mengundi hari ini akan dibuka secara serentak pada jam 10 pagi dan berakhir jam 5 petang.

Beliau berkata keputusan boleh diumumkan kira-kira jam 6 petang oleh ketua pengawas JPP di 24 cabang mengundi itu dan keputusan sepenuhnya dijangka dimuat naik di portal www.pemilihank­eadilan201­8.com kirakira jam 9 malam ini.

Mengenai kelewatan terhadap keputusan pemilihan yang dihadapi beberapa negeri, Adzman berkata JPP telah mengemas kini aplikasi pemilihan dengan beberapa penambahba­ikan.

“Kami mengesan kegagalan setiap langkah penggunaan aplikasi meliputi setiap langkah mengundi bermula dari log masuk sehingga selesai mengundi. Sekiranya berlaku kesilapan, laporan secara terus dihantar kepada kami untuk kami kenal pasti masalah yang berlaku, jadi prestasi aplikasi dapat dipantau secara masa sebenar.

“Sandaran kedua diwujudkan di dalam aplikasi ini dengan ID pengundi akan dikod dan undian disimpan di dalam aplikasi simpanan kunci nilai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatk­an parti supaya merancang untuk membawa anggota mengundi secara berjadual bagi mengelak kesesakan di pusat pengundian.

Pemilihan PKR Perak sepatutnya diadakan pada 23 September lepas, namun ditangguhk­an ke satu tempoh susulan beberapa masalah yang terjadi semasa pemilihan di Kedah dan Pulau Pinang sehari sebelum itu.

Pada pemilihan kali ini, PKR Perak menyaksika­n 54 calon merebut jawatan ketua cabang manakala 1,183 lagi menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan lain di peringkat cabang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia