Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan semula PKR Kedah semalam dan hari ini

-

ALOR SETAR: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat ( PKR) di Kedah yang diadakan semula selepas proses pengundian pada 22 September lepas dibatalkan, berlangsun­g semalam dan hari ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah Dr Azman Ismail berkata pemilihan parti itu semalam hanya melibatkan 10 cabang iaitu Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Sik dan Baling.

“Lima cabang lagi iaitu Jerai, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu dijadualka­n ( berlangsun­g pada) Sabtu (hari ini). Ini pemilihan kali kedua selepas ia ditangguhk­an dan dibatalkan ekoran (antaranya) insiden kekecohan yang berlaku di cabang Merbok, Sungai Petani dan Jerai pada 22 September lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dr Azman berkata hampir 60,000 anggota PKR di negeri ini layak mengundi bagi memilih barisan kepimpinan di peringkat pusat dan cabang pada pemilihan parti itu kali ini.

“Kita lebih bersedia kali ini dan berharap semua anggota parti dapat bertenang membuat undian supaya ia berjalan lancar seperti yang dijadualka­n, dan proses pengundian berlangsun­g dari jam 9 pagi hingga 5 petang, boleh ditambah masa sekiranya bermula lewat,” katanya.

Dr Azman berkata anggota keselamata­n juga ditempatka­n di kawasan panas seperti di pusat pengundian Cabang Merbok untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Dalam sidang media pada malam 22 September lepas, Setiausaha Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) PKR Ismail Yusop dipetik sebagai berkata proses pemilihan di Kedah dibatalkan dan akan diadakan semula pada satu tarikh ditetapkan kelak berikutan terdapat beberapa masalah dihadapi ketika proses pengundian itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia