Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain Chelsea itu menjaringk­an hatrik pada aksi Liga Europa menentang BATE, Arsenal teruskan rekod 11 kemenangan

-

PARIS, Perancis: Ruben Loftus-Cheekmenga­mbilsepenu­h peluang dari penampilan kesebelasa­nutamayang­jarang berlaku di Chelsea dengan menjaringk­an hatrik ketika pasukannya menewaskan kelab BATE Borisov dari Belarus 3-1 sementara Arsenal meneruskan rekod 11 kemenangan berturut-turut dengan menewaskan Sporting Lisbon dalam aksi Liga Europa Khamis lepas.

Loftus-Cheek, sebahagian dari skuad England di Piala Dunia 2018 di Rusia, hanya bermula dari kesebelasa­n utama buat kali kedua di bawah bimbingan Maurizio Sarri dan beliau menjaringk­an dua gol dalam lapan minit pertama ketika Chelsea menguasai perlawanan di Stamford Bridge.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu menyempurn­akan hantaran lintang Davide Zappacosta untuk membuka jaringan MENYERLAH: LoftusChee­k menjaringk­an hatrik pada perlawanan itu. seawal minit kedua sebelum menambah jaringan dari satu tendangan sudut pada minit kelapan.

Beliau melengkapk­an hatrik dengan satu rembatan dari hujung kotak penalti pada minit ke- 54 dan walaupun BATE berjaya menjaringk­an gol saguhati pada lewat permainan, ia tidak kelihatan mampu mencemaska­n Chelsea.

“Ia berasa sangat bagus sekali,” kata Loftus-Cheek kepada penyiaran BT Sport selepas beliau menjadi pemain pertama Chelsea yang menjaringk­an hatrik di Eropah sejak Didier Drogba melakukann­ya 12 tahun yang lalu.

“Ia ber a d a d a l a m senarai, ia adalah h a t r i k pertama saya sejak sekian lama, walaupun sejak bermain untuk skuad remaja. Ia sememangny­a sangat menarik. “M a n a - mana pemain akan memberitah­u anda di mana ia sangat menarik menjar- ingkan hatrik dan ia berasa sangat bagus sekali. Saya akan mendapatka­n bola yang ditandatan­gani dan akan menyimpann­ya dengan baik. Saya b e r h a r a p ada banyak lagi yang akan tiba.”

Tiga kemenangan dari tiga perlawanan dalam Kumpulan L meletakkan Chelsea diambang kelayakan ke pusingan 32 akhir, dengan Arsenal dijangka akan menyertai mereka selepas menewaskan Sporting Lisbon 1-0 di Por- tugal.

Danny Welbeck menjaringk­an gol tunggal kemenangan pada minit ke-78 untuk memastikan Arsenal dengan sembilan mata maksima dalam aksi Kumpulan E dan meneruskan rekod terbaik kelab sejak 2007.

Pada perlawanan lain, juara tujuh kali Eropah, AC Milan, tewas 1-2 di tempat sendiri kepada Real Betis, menyebabka­n skuad kendalian Gennaro Gattuso itu tercicir mata pertama mereka dalam Kumpulan F.

Gol dari Antonio Sanabria dan Giovani Lo Cleso memastikan Betis, pendahulu kumpulan, satu kemenangan berharga di San Siro.

Patrick Cutrone menjaringk­an gol saguhati buat Milan, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Samuel Castillejo dilayangka­n kad merah pada minit kecederaan.

Olympiakos menewaskan Dudelange dari Luxembourg 2-0 pada perlawanan kumpulan yang sama.

Celtic tewas 0-2 kepada RB Leipzig di Jerman sementara Salzburg mencipta kemenangan ketiga berturut- turut untuk terus kekal sebagai pendahulu Kumpulan B selepas menewaskan Rosenborg 3-0.

Rangers, yang dibimbing bekas bintang Liverpool, Steven Gerrard, masih belum tewas dalam Kumpulan G selepas diikat tanpa jaringan oleh Spartak Moscow, yang menurunkan pasukan ‘ kedua’ dengan beberapa pemain utama tidak dibawa bersama untuk perlawanan di Scotland itu.

“Kami melakukan perubahan besar dari kedudukan kami sebelum ini,” kata Gerrard.

“Kami hampir menang tetapi ia tidak berlaku, apa pun, ia mungkin satu mata yang berharga pada akhir kejohanan.”

Rangers berkongsi lima mata dengan Villarreal di kelompok teratas kumpulan selepas Villarreal membelasah Rapid Vienna 5-0.

Naib juara musim lepas, Marseille, dalam bahaya tersingkir awal dari kejohanan selepas tewas 1-3 kepada Lazio sementara Sevilla membelasah kelab Turki, Akhisar 6-0. — AFP

Ia berada dalam senarai, ia adalah hatrik pertama saya sejak sekian lama, walaupun sejak bermain untuk skuad remaja. Ia sememangny­a menarik. Ruben Loftus-Cheek Pemain Chelsea

 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI SEBENAR: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Europa di antara Sporting CP dan Arsenal di Estadio Jose Alvalade di Lisbon, Portugal.
— Gambar Reuters AKSI SEBENAR: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Europa di antara Sporting CP dan Arsenal di Estadio Jose Alvalade di Lisbon, Portugal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia