Utusan Borneo (Sarawak)

Satu lagi kekalahan mampu menggugat karier Mourinho

-

LONDON, England: Satu lagi prestasi hambar ketika tewas buat kali kelima musim ini kepada Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara telah meletakkan kedudukan Jose Mourinho sebagai pengurus Manchester United kembali menjadi tanda-tanya menjelang kunjungan Everton ke Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad ini.

Selepas satu tempoh hanya satu kemenangan dari tujuh perlawanan dalam semua pertanding­an, United sudah kelihatan terkeluar dari saingan kejuaraan liga, sembilan mata di belakang pendahulu liga, Manchester City dan Liverpool tetapi mereka juga dalam bahaya gagal layak dalam empat tangga teratas liga dengan Chelsea, Arsenal dan Tottenham Hotspur hanya dua mata di belakang City dan Liverpool.

Ada peluang untuk United merapati Tottenham, yang menentang City pada hari Isnin tetapi Liverpool, Chelsea dan Arsenal pastinya yakin akan mengekalka­n permulaan memberangs­angkan mereka musim ini dengan masing- masing menentang Cardiff, Burnley dan Crystal Palace.

Pada era kegemilang­an Mourinho, beliau pernah mengharung­i 151 perlawanan dalam empat kelab berbeza tanpa kalah perlawanan di tempat sendiri – di antara 2002 dan 2011.

Ia kelihatan satu tempoh yang lama dengan jurulatih dari Portugal itu sudah kehabisan alasan untuk gagal mengubah nasib United.

Selepas jelas gagal menyaingi Juventus pada pertengaha­n minggu, United hanya menang dua dari tujuh perlawanan di Old Trafford dan hanya menewaskan Leicester City dan Newcastle dengan kemenangan tipis.

Everton sudah naik di hadapan United dalam kedudukan liga dengan tiga kemenangan berturut-turut selepas permulaan hambar di bawah bimbingan Marco Silva.

Silva mengubah permainan dengan tiga pemain gantian, Ademola Lookman, Dominic Calvert- Lewin dan Cenk Tosun berganding­an untuk dua gol lewat ketika menewaskan Palace minggu lepas.

Berbeza dengan Mourinho, beliau tidak melakukan sebarang pertukaran untuk menyaingi Juventus.

Sekarang, Silva, yang juga rakan senegara Mourinho, kelihatan seperti jurulatih istimewa.

Pengurus City, Pep Guardiola, berharap untuk mengekalka­n rentak di Wembley pada hari Isnin.

Juara bertahan itu bangkit dari tiga kekalahan dengan menewaskan Spurs di tempat sendiri musim lepas dan dua pencapaian cemerlang Guardiola di England juga berlaku di Wembley apabila memenangi Piala Eropah sebagai pemain dan juga jurulatih bersama Barcelona.

City juga memenangi Piala Liga Inggeris dan Piala Perisai Komuniti di Wembley tahun ini.

Perlawanan menarik lain menyaksika­n dua pengurus kelab di kelompok bawahan bertemu sesama sendiri dan keputusan di akhir perlawanan bakal menentukan nasib mereka dalam beberapa minggu lagi.

Rafael Benitez di Newcastle United dan Mark Hughes di Southampto­n, pastinya risau dengan keputusan hujung minggu ini dengan Newcastle di tangga terbawah liga dengan hanya dua mata dari sembilan perlawanan.

Southampto­n pula mempunyai rekod buruk di tempat sendiri selepas hanya menang sekali di St Mary sejak November tahun lepas dan seperti juga Newcastle, mereka ketandusan gol selepas hanya menjaringk­an enam gol dari sembilan perlawanan. — AFP

 ??  ?? LOPETEGUI
LOPETEGUI
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia