Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi Ahad ini penentu masa depan Lopetegui

-

BARCELONA, Sepanyol: Jurulatih Real Madrid, Julen Lopetegui berkata ia adalah hari paling menggembir­akan dalam hidupnya apabila dinamakan sebagai jurulatih Real Madrid tetapi beliau tidak dapat membayangk­an apa yang berlaku selepas itu. Empat bulan setengah atau 138 hari dan sembilan perlawanan La Liga Sepanyol. Satu kekalahan di Nou Camp Ahad ini dan semuanya mungkin berakhir. Jika fikiran presiden kelab, Florentino Perez, sudah dibuat, keputusan menentang Barcelona mungkin tidak memberi kesan. Keputusan seri atau menang buat Madrid, masih juga belum memberi jaminan. Apa pun, perlawanan ini kelihatan tidak mendapat penghormat­an dari segi prestasi dan bintang Barcelona, Lionel Messi, juga mengalami kecederaan dan tidak akan beraksi. “Ia perlawanan hebat untuk kami ketika ini kerana kami tidak mempunyai pilihan selain bersedia,” kata pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos minggu ini. “Kami harus menunjukka­n betapa bagusnya kami menentang lawan yang sukar dan saya fikir kami boleh melakukann­ya.” Kemenangan mungkin menjadikan pemecatan Lopetegui kelihatan tidak wajar tetapi selepas lima perlawanan tanpa menang, lebih dari lapan jam tanpa gol, semua itu akan dilupakan dengan cepat. Ada rasa tidak puas di kalangan penyokong apabila bersiul pada akhir perlawanan Selasa lepas, dengan Real hanya menang 2- 1 walaupun memiliki penjaga gol, pemain pertahanan terbaik UEFA ketika menentang pasukan kurang dikenali, Viktoria Plzen.

Isco menegaskan Isnin lepas di mana jika mereka memecat jurulatih, mereka juga harus memecat pemain. Lopetegui mungkin tidak bernasib baik selepas pemain dengan 50 gol, Cristiano Ronaldo, berpindah ke Juventus, menyebabka­n mereka mencipta rekod yang tidak diingini apabila gagal menjaringk­an gol selama lebih dari lapan jam.

Pemain tidak pernah dipersalah­kan – sememangny­a bagi kelab yang muncul juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut lima bulan lepas – dan selain itu, jurulatih menentukan bentuk permainan.

Berbeza dengan rakan sejawatann­ya di Barcelona, Ernesto Valverde, beliau juga mempunyai turun dan naik musim ini tetapi apa yang pasti lebih baik dari Lopetegui.

Ini adalah perlawanan El Clasico pertama tanpa Lionel Messi dan juga Cristiano Ronaldo sejak Disember 2007. Penyerang ketika itu ialah Ruud van Nislelrooy dan Robinho untuk Madrid dan Samuel Eto’o dan Ronaldinho untuk Barcelona.

Messi mungkin akan kembali beraksi dalam tiga minggu jika kecederaan retak tulang lengan pulih seperti dijangkaka­n tetapi ketiadaan sepenuhnya Ronaldo menghantui kelab ketika setiap kali gagal menyempurn­akan peluang.

Apabila Barca mengharung­i tiga perlawanan tanpa menang bulan lepas, ada bayangan kelab dalam krisis. Lopetegui juga dalam tertekan dan begitu juga Valverde.

Selepas itu, Messi mencuri tumpuan dengan kemenangan ke atas Tottenham dalam Liga Juara- Juara, sehari selepas itu, Real tewas mengejut 0-1 kepada CSKA Moscow.

Keadaan semakin buruk buat Real dengan dua lagi kekalahan menyebabka­n Lopetegui diambang pemecatan sementara Barca kini sudah mengumpul 10 mata dari 12 yang ada dan menduduki tangga teratas liga.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia